Untuk Menghilangkan Kegelisahan Sila Amalkan Doa Ini, InsyaAllah Hati Kembali Tenang

Pernahkan anda merasakan hari anda seolah-olah macam tidak kena? Rasa yang menyebabkan kita tidak selesa, rasa tidak lepas dan tidak puas bila melakukan sesuatu. Semuanya berasa hambar dan tawar. Seperti tiada kepuasan dalam hidup. Kita juga selalu mudah untuk rasa terluka dan berkecil hati dengan orang-orang dan suasana sekeliling. Rasa seperti kita tidak difahami dan merasa sentiasa bernasib malang. Itu sebenarnya adalah berpunca daripada hati tidak tenang.

Apakah sebenarnya yang menyumbang kepada hati tidak tenang dan perasaan-perasaan yang menyesakkan ini?

1. Hati Tidak Tenang Kerana Tidak Memaafkan Atau Sukar Memaafkan
Kadang-kadang hati kita tak tenang dan terus-terusan terluka sebab kita terlalu sukar untuk memafkan. Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi kalau sesuatu terkumpul dan bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir lancar, jadi keruh dan kotor. Begitu juga hati. Kita terlalu sukar nak memaafkan, dan benda tu jadi benci, jadi dendam dalam hati. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan. Nah, itulah puncanya hati tidak tenang.

Apa yang harus kita buat?

Maafkanlah. Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi, tapi sekurang-kurangnya ia membukan jalan kepada sesuatu yang baik untuk masa hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik.

There’s a lot of beauty things in this world. You will not be able to see it if you fulfill your heart with anger and hatred. To see ugliness in others people is the reflection of the ugliness in our own heart. Ketika diri dibenci dan dilukai, tanyalah kembali kepada diri ; kepada apa kita bergantung harap? Kepada apa kita terikat? Jika jawapan kita adalah Allah, inshaAllah, kita akan tenang, dan menyerahkan kembali hal kelukaan hati kita kepada DIA.

Seek the higher healer, carilah penawar terbaik daripada yang paling tinggi, Allah. Dan maafkanlah sesama manusia, supaya hati kita tidak tenat dan membuka ruang lain untuk kebahagiaan. Love with all of your heart, but depend only on Allah

2. Menggunakan sesuatu yang haram & tak terfikir tentangnya
Kadangkala kita terlepas pandang tentang perkara-perkara yang sebenarnya boleh menjadi haram didalam kehidupan seharian kita. Ya, memang kita amat sensitif dalam bab menjaga soal halal haram makanan kita, tetapi adakah kita peka dengan haram-haram yang lain?

Salah satu contoh yang paling senang dan terbaru dalam kehidupan masyarakat kita ini, adalah ramai diantara kita menggunakan simkad hantu pada suatu ketika dulu, iaitu simkad yang dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk membolehkan kita menggunakan internet dari telco di negara kita, secara percuma dan unlimited.

Secara bahasa ringkasnya, simkad ghost ini ‘mencuri’ data dari pihak telco (celcom, maxis, digi). Jadi, apa masalahnya? Masalahnya, ramai diantara kita secara sedar dan tidak sedar bahawa perbuatan ini haram (data internet curi) dan secara gembiranya melayari internet tanpa had.

Oleh itu bagaimana kita hendak mengharapkan hati kita tenang bila menggunakan perkara yang haram? Sebenarnya perkara-perkara seperti inilah membawa kepada ketidaktenangan hati dan keresahan jiwa, serta menyekat limpahan rezeki kepada kita. Mungkin kita boleh berjimat dengan membeli simkad ghost ini, tetapi adakah ia berbaloi untuk kita kehilangan ketenangan hati yang mahal harganya? Bahkan menghalang kita dari mendapat rezeki-rezeki. yang lain Ini adalah satu contoh. Banyak lagi contoh-contoh lain lagi yang membawa kepada haram dan syubhat.

Apa yang harus kita buat?

Elakkan benda yang syubhat dan haram. Sentiasalah berfikir panjang sebelum melibatkan diri kita dalam satu-satu perkara. Fikirkan darimana sumbernya, bagaimana ia berfungsi dan adakah ia selari dengan kehendak syariah? Sentiasa sematkan dalam fikiran, “jika aku buat ini, adakah Allah redha dengan perbuatan aku ini?”

InsyaaAllah jika kita sentiasa menjaga soal halal-haram ini, Allah akan menganugerahkan kenikmatan ketenangan hati yang tidak terhingga kepada kita. Sebab tiada apa yang lebih bernilai didalam dunia ini melainkan mempunyai hati yang tenang. Jadi mulai sekarang, sila audit setiap apa yang kita gunakan, skim pelaburan yang kita ceburi, dan setiap perbuatan kita – adakah ia mempunyai unsur haram? Semoga Allah membantu kita membersihkan kita dari segala yang haram.

3. Hati tidak tenang kerana selalu melambatkan-lambatkan solat
Pukul berapa biasa kita bangun solat subuh? Tepat pada waktu atau pagi sudah terang? Atau langsung terlepas solat subuh? Kadang-kadang kita tidak perasan dan tidak sedar, ada perkara-perkara kecil yang kita buat menyebabkan hidup kita musnah seharian. Jiwa tidak tenang dan selalu rasa susah hati.

Ini kerana kita melakukan dosa-dosa yang dianggap remeh dan kecil sedangkan dosa adalah tetap dosa. Tetap ditulis oleh Malaikat sebagai amalan buruk yang akan dibalas dengan hukuman yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Apa yang harus kita buat?

Kita tidak sedar, rasa susah hati, jiwa tidak tenang, hidup kelam kabut, kerja selalu tidak menjadi, selalu kena marah adalah sebagai hukuman kepada kita yang memandang remeh kepada setiap dosa yang dilakukan.

Oleh itu mulai sekarang:

Solat diawal waktu

Berjamaah (dimasjid bagi lelaki)

Jangan solat terburu-buru. Ambil masa untuk solat dengan tertib dan sempurna.

Berdoa

Jaga solat subuh!

Ada sesetengah orang sangat mudah berasa gemuruh, gelisah, hati tidak tenang, seram sejuk dan sebagainya ketika berdepan dengan apa situasi sekalipun. Rasa gelisah ini selalu terjadi apabila kurang keyakinan diri. Orang seperti ini tergolong di kalangan mereka yang berhati kecil. Pelbagai persoalan yang menular ke kotak fikiran,sehingga merangsang tubuh menjadi lemah, kaku dan resah. Sebaliknya tiada apa yang perlu dirisaukan dan perlukan percaya pada diri.

doa hilangkan kegelisahan, doa hilangkan kemurungan, doa kegelisahan, doa kemurungan, doa susah hati, amalan bila susah hati, amalan bila kegelisahan
(Al-A’araaf:171-200)

InsyaAllah doa di bawah ini boleh Menghilangkan Kegelisahan Dan Rasa Takut Ketika Tidur Serta Menolak Gangguan Syaitan…

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنَ
A’uudzu Bi Kalimaatillaahit Taammaati Min Ghadhabihi, Wa ‘Iqoobihi Wa Syarri ‘Ibaadihi, Wa Min Hamazaatisy Syayaathiini Wa An Yahdhuruun

‘’Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari MurkaNya, siksaanNya, dari kejahatan hamba-hambaNya, dari godaan para syaithan dan dari kedatangan mereka kepadaku.’’

InsyaAllah….semoga bermanfaat untuk kita atasi rasa gugup/gelisah…sesungguhnya dengan mengingati Allah akan peroleh ketenagan…Semoga kita tenang sentiasa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*