Memang Kecoh Laungan Malu Apa Bossku di Tesco Senawang, Raja Troll Datang Lagi Dan Inilah Yang Beliau Beli Kat Situ

Bagi yang tertanya-tanya apa benda bossku dan slogan ‘malu apa bossku’ ni yang terpampang dalam poster Najib Razak, perkataan bossku sebenarnya berasal dari Sabah dan Sabahan menggunakan slanga ini semasa berjual beli.Pun begitu, kebanyakan anak muda yang bermotosikal gemar menggunakan slogan ‘Malu apa bossku’ sebagai trend dalam percakapan seharian. Gitew!

SENAWANG – Lebih 1,000 pengunjung membanjiri Tesco Senawang di sini, untuk berjumpa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, malam ini. Beliau yang singgah ke pasar raya berkenaan pada jam 9 malam meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk membeli barangan keperluan dapur seperti telur, minyak masak, dan sayur.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Najib.
Suasana menjadi riuh apabila ribuan pengunjung menjerit ‘malu apa bossku’ dan berebut untuk merakamkan gambar dan berswafoto bersama Ahli Parlimen Pekan itu.

Sebaik sahaja selesai membuat pembayaran, Najib kelihatan bersalaman dengan pengunjung sambil menolak troli barang yang dibelinya.

Jom Lihat Video Dibawah :

Menerusi halaman FB Najib Razak, beliau juga membuat live streaming dengan memberi kapsyen ringkas :

Aik.Saya datang Tesco Senawang minum kopi saja.Korang juga ke?

Jom Lihat Apa Kata Netizen :

Aura seorang Pejuang yg gugur di fitnah disanjung tinggi.. allah maha kaya dan maha mengetahui

teruskan penyatuan ummah,kita dapat jadi kerajaan kembali kita ajar puak2 anjing yg suka mempersendakan agama islam..ini bumi melayu..tanah tumpah darah kami

Jika Allah ingin mengangkat darjat hambanya sekejap saja…..begitu juga sebaliknya…

Terharu… Rakyat sedang memerlukan pembelaan. Kerajaan perlu bubar parlimen jika masih ada maruah.

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*