Inilah 8 Jenis Tulisan Tangan Yang Melambangkan Personaliti Seseorang Itu

Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup πŸ˜ŠπŸ‘πŸ»

You all pernah terbaca tak, gaya tulisan tangan melambangkan personaliti seseorang. Mesti pernahkan. Antaranya ada tiga kategori gaya tulisan, yaitu condong ke kiri, tegak lurus dan condong ke kanan.

Tulisan tangan kita melambangkan sikap kita, tapi sejauh manakah kebenarannya? Adakah tulisan cakar ayam itu seorang yang pem4las? Kalau benar tanggapan korang, doktor itu pemalas ke? Sebenarnya bukan mlambangkan sikap, tapi personaliti kita. Jangan salah tafsir, sikap dan personaliti adalah dua konteks yang berbeza.

Kalau dinilai secara kasar, orang yang mempunyai tulisan cakar ayam ni selalunya dikategorikan sebagai orang yang selekeh, jenis tak ambil kisah dan lebih menjurus ke arah personaliti yang negatif.

Namun, tanggapan ini tak boleh diguna pakai sepenuhnya kerana penganalisa tulisan ada membuat kajian mendalam tentang ini dan majoriti keputusan yang diperoleh agak bertentangan dengan apa yang kita sangkakan.

1. Huruf besar-besar- Anda seorang yang mudah bergaul dan mempunyai ramai kawan.

2. Huruf kecil-kecil- Anda seorang yang pemalu dan tak suka terlalu menonjol.

3. Tulisan kecil atau terlalu rapat-Anda seorang yang mempunyai pemikiran logik yang tinggi.

4. Tulisan jarak-jarak-Anda mempunyai gerak hati atau instinct yang bagus.

5. Tulisan terlalu mengiring (ke kiri atau kanan)-Anda seorang yang penyayang!

6. Tulisan tegak, tak mengiring-Anda tak suka terlalu mengikut perasaan.

7. Tulisan terlalu rapat dengan margin-Anda seorang yang suka berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan.

8. Tulisan jarak dengan margin-Anda seorang yang pemurah.

Cuba para pembaca sekalian perhatikan bentuk tulisan sendiri, setelah itu sila selidik personaliti anda menerusi guideline (panduan) dibawah. Kajian ini telah dilakukan oleh Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah. PA Admin dah pun cuba dan keputusannya amat tepat sekali.

Pertama: Tekanan.

i. Tekanan yang kuat.

Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)

ii. Tekanan yang ringan

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)

Kedua: Bentuk tulisan.

i. Tulisan yang bulat-bulat.

Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan – otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper.

Tulisan yang angular dan sharp (t4jam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri – otak logikal)

Ketiga: Kecondongan.

i. Condong ke kanan.
Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, ber4ni, pemurah.

ii. Condong ke kiri.
Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

iii. Tegak.
Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur.
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan.

Keempat: Kerapatan.

i. Jarang-jarang.
Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat.
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z.

i. Ada ekor.

a) Besar, panjang dan sempurna.
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.

b) Kecil, pendek dan tak sempurna.
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.

Keenam: Pada palang huruf kecil T (t).

i. Tinggi.
Tahap aspirasi tinggi.

ii. Rendah.
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah.

iii. Tengah-tengah.
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.

Rumusan:

Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Dah baca habis? Jom like page Soya Lemon Viral

Sumber : RahsiaRumahtTangga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*