Terkejut aku bila pocong muncul di depan bilik . Wan peluk aku kuat-kuat , atuk mula buka langkah silat plak tu.

Foto sekadar hiasan..

Aku adalah seorang wanita. Aku dibela oleh nenek ku sebelah ibu yang aku panggil wan dan datuk ku yang aku panggil atuk. Wan dan Atuk adalah dari keturunan raja dari Indonesia. Atuk dari raja acheh manakala wan dari raja rawe. Jadi biasalah kan keturunan raja ni selalunya ada penjaga. Penjaga yang kita tak nampak dengan mata kasar. Oleh kerana aku dibela dan sangat rapat dengan mereka jadi selalunya gangguan itu tidak terjadi pada aku tetapi akan terjadi pada anak cucu nya yang lain yang melakukan sesuatu yang mereka larang atau perkara yang tidak baik. Contohnya bila pakcik aku dilambung ke atas bumbung bila bawa balik perempuan bukan muhrim balik kerumah…sepupu aku yang ditarik rambutnya kerana melawan cakap nenek aku.

Tempat tidur atuk dan nenek mesti selalu berada di dalam keadaan yang bersih dan haruslah serba kuning, contohnya cadar kuning, sarung bantal kuning dan sebagainya. Jikalau tempat tidur mereka di usik. Wan dan atuk akan meracau dalam tidur dan kadangkala mereka akan jatuh sakit. Jadi anak cucu memang dah tahu mengenai perkara ini.

Wan ada menyimpan sepasang keris kembar didalam peti besi orang dulu kala. Peti besi itu pula di simpan didalam almari baju kayu yang terletak didalam bilik wan dan atuk dan secara tak rasminya didalam bilik aku juga kerana memang sejak kecil aku tak berenggang tidur dengan wan.

Pernah sekali aku masuk bilik di waktu wan sedang leka membawang dengan jiran depan rumah, selalunya wan memang melarang aku membuka sesuka hati almari kayu tu, tapi haritu memang aku tergerak hati sangat nak lihat keris tersebut, seolah memanggil manggil aku untuk melihatnya.

Aku bukak perlahan pintu almari, aku keluarkan peti besi yang terberapa besar itu. Peti besi itu berukir sekelilingnya.. aku buka perlahan.. senang sangat membukanya.. dan senang sangat mengangkatnya sedangkan peti itu besi berat. Sedangkan aku ketika itu hanya baru berusia 9 tahun dan dengan badan aku yang kerempeng ni, tak mungkin la ada tenaga untuk mengangkatnya.

Keris kembar itu dibalut sekali dengan kain kuning, berkepala ukir yang sangat cantik berwarna emas, sarung nya juga berukir dan berwarna emas…aku perlahan lahan menarik keris itu dari sarungnya..dan aku bermain dengannya…lompat atas katil, bersilat seolah olah aku ini adalah laksamana medan perang…

Tiba tiba… wan meluru masuk dan memeluk aku sambil mengambil keris dari tangan sambil mulut wan tak henti istighfar dan mengucap…
lalu wan masukkan kembali keris itu ke sarungnya dan membalut kembali dengan kain kuning.

“Alhamdulillah, keris ni tak tikam kau cu…”

Itulah kata kata wan yang aku ingat apabila wan mengambil keris itu dari tangan aku…malam tu aku dengar perbualan wan dan atuk…”heran juga ya kenapa keris tu tak marah bila si anur main2 dengannya…” “nanti awak kunci peti besi tu..” kata atuk..

Kejadian keris berlalu begitu saja dan sejak haritu aku tidak lagi berjumpa dengan keris berkenaan. Wan dan atuk mengambil keputusan untuk membuang nya ke laut. Tapi menurut ustaz yang membantu membuang keris itu, keris itu akan kembali terbang kepada keturunan wan dan atuk jika dipanggil dan nak tahu siapa yang terpilih hanya boleh memanggilnya??…aku…ya aku… dan memang tak akan panggil la..aku tak mahu dikemudian hari menjadi susah pada diri aku sendiri.

Rumah wan dan atuk ni adalah kawasan perumahan tanah lot, jadi rumah rumah kawasan ini berukuran banglo yang mempunyai tanah sebelah menyebelah antara satu dengan lain dan dipagari oleh pagar besi yang tidak berapa tinggi. Jadi nampaklah segala kegiatan jiran sebelah menyebelah. Aku ada kawan baik yang muda setahun dari diriku..si ela yang tinggal di sebelah kanan dan adam yang tinggal di bahagian hadapan..

Kami bertiga ini umpama perosak taman jugaklah..mandi dalam longkang waktu hujan, panjat bukit hutan kecil yang belum diteroka belakang kawasan perumahan kami, curi buah cherry makcik lijah sebelah umah adam dan pelbagai lagi lah. Malah memang di kenali sebagai budak nakal di kawasan perumahan tu. Tapi dalam kenakalan kami tu, kami pergi berjemaah masjid tak penah tinggal walaupun pergi tu sebenarnya nak makan kueh atau pisang lepas solat….

Satu malam…seperti biasa kami bertiga melepak di masjid, tunggu sampai habis solat isyak..malam tu ada kenduri di masjid, mesti ada jamuan makan, kalau tak beehon goreng telur dengan kueh mueh mesti pulut kuning dengan kari daging..fuh fevret aku tu..lepas habis menjamu selera, kami main buaian dahulu di taman mainan sebelah masjid, bila puas main berpeluh peluh, baru kami gerak untuk balik ke rumah masing masing..sebelum masuk simpang ke rumah kami, tiba tiba ela menjerit suruh kami melihat sesuatu di simpang jalan..

Aku yang berani takut takut ni pun dengan konpidennya menunduk bongkok untuk melihat benda tu melalui celah kangkang… nak tahu apa yang aku Nampak??… hantu bungkus.. pakcik cong… elok jer dia berdiri betul betul kat simpang jalan ke rumah kami…apalagi, aku menjerit sekuat hati… hantuuuu… berterabur kami lari ikut jalan lain ke rumah, melompat semak samun masuk ikut pintu belakang rumah kami masing masing.

Wan dan atuk terperanjat tengok aku termengah mengah begitu… seingat aku, atuk minta wan sediakan beberapa ramuan tradisional untuk buat air penawar untuk aku minum dan mandian untuk aku sebab kerana kejadian tu, aku kena demam panas, ela dan adam turut juga mengalami sakit yang sama. Secara berjemaah jugalah kami dimandikan oleh atuk…

Seminggu selepas kejadian berjumpa pakcik cong, satu malam tetiba wan suruh aku masuk tidur awal, wan meletak senaskah al quran di kepala katil, wan dan atuk masuk bilik awal juga malam tu, wan tidur disebelah aku, manakala atuk yang kebiasaan tidur depan bilik, tidur pula di sebelah katil di lantai. Wan aku pesan agar tutup mata jika dengar apa apa..bila aku Tanya kenapa, wan suruh aku diam saja…

Entah jam berapa sedang aku mula nak melelapkan mata, tiba tiba pintu bilik terbuka dengan sendirinya. Aku tahu pintu tu terbuka sebab bunyi seperti ditolak dengan kuat..wan yang berada di sebelah aku terus memeluk aku dengan erat sambil berbisik menyuruh aku diam… tapi aku ni degil orangnya..

Aku buka mata, aku nampak pocong berdiri disebelah katil betul betul dekat dengan bahagian aku tidur.. menggeletar aku ketika tu, wan memeluk aku makin erat sambil mulutnya terkumat kamit membaca surah surah al quran. Aku pejam mata erat erat, aku dengar atuk melompat sambil membuka langkah silat.

Aku dengar bunyi dentuman yang amat kuat diselangi dengan suara atuk yang membentak dan menjerit.. dalam kekalutan tu aku terus tidak sedarkan diri, sehinggalah aku terjaga sendiri keesokkan harinya.

Wan duduk disebelah aku sambil menyapu muka aku dengan air dan menyuruh aku bangun mandi untuk bersarapan bersama mereka.

Pagi tu aku Tanya atuk dan wan apa yang terjadi malam tadi… rupanya pocong itu selama seminggu dua telah menganggu penduduk kampong, mencari mngsa yang terdiri dari anak anak dara dan teruna. Pocong itu adalah jelmaan dari penduduk kampong kami juga.

Arwh sebelum mennggal telah menuntut ilmu hitam.. ilmu kekal muda, syarat ilmu adalah mencari anak dara dan teruna sebanyak 40 nyawa sebagai mngsanya… dia perlu menghisap drah untuk melengkapkan ilmunya.

Sama macam hantu kum kum yang femes di tahun 80an Cuma bezanya aruah ini adalah lelaki dan dia telah mti eksiden di langgar lori. Ada orang kampong yang melakukan aktiviti tak sihat iaitu mengorek kembali kvbur lelaki ini dan mengikat tali pocong nya dengan tujuan untuk minta nombor ekor…tapi lain yang jadi.

Setelah kejadian tu, penduduk kampung membuat bacaan yassin beramai ramai di masjid selama 40 hari tak henti dan apabila berlalu 40 hari, aku tak dengar lagi gangguan berlaku dari pocong ni dikampung kami

Insya Allah, kalau panjang umur aku akan menulis lagi….as salam.

Dah baca habis? Jom like page Soya Lemon Viral

Sumber : Fiksyen Shasha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*