Setelah Terdengar Bunyi Keluar Dari Lubang, Lelaki Ini Siasat Dan Dia Terkejvt Dengan Apa Yang Di Tariknya Keluar

Seorang lelaki yang mendengar sesuatu dari bawah tanah, setelah mencari punca bunyi tersebut ia terus menariknya keluar tanpa usul periksa. Membuatkan lelaki tersebut terkejut bahawa ‘benda’ yang ditariknya adalah seekor kambing biri-biri!

Video Penuh Berada Di Bawah .. Anda Pasti Terpana

Sekiranya kita ditanya apa yang boleh digali dari lubang yang ditumbuhi rumput, pasti jawapan diberikan adalah seperti lobak, ubi, tikus tanah dan juga beberapa jenis serangga ataupun cacing. Seorang lelaki sedang berjalan-jalan di kawasan berumput, dia terdengar bunyi aneh datang dari bawah tanah. Jadi, dia mencari punca bunyi itu datang. Selepas seketika dia mendapati sebuah lubang di permukaan rumput tebal.

Tanpa berfikir panjang akan risiko yang bakal dihadapinya, dia segera melihat lubang tersebut dan memasukkan tangannya. Hasilnya, lelaki itu memegang sesuatu yang berbulu.

Dia mula menggunakan kedua-dua tangan untuk menariknya, setelah separuh jalan dia sendiri tidak menyangka bahawa dia sebenarnya sedang menarik seekor kambing biri-biri dewasa. Lelaki itu sendiri tidak menyangka bagaimana seekor kambing biri-biri boleh tersangkut pada lubang tersebut.

Selepas kambing biri-biri itu diselamatkan, ia masih berasa panik dan segera berlari dari orang yang baru sahaja menyelamatkannya. Berharap kambing biri-biri tersebut tidak akan termasuk ke dalam lubang itu lagi.

Video Penuh

Kredit : Buletin Netizen

SUMBER : ERA BARU

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*