Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Aneh Dan Mistik Ketika Bersama Ustaz Dalam Usaha Mencari SAR Mohamad Ashraf Di Punca Bukit Batu Putih.

Sedikit perkongsian usaha SAR mencari mangsa sesat Mohamad Ashraf bin Hassan asal Muar Johor di Bukit Batu Puteh, Kg Pintu Padang, Gopeng. 27/3/2019 (semalam) Ok. Smlm dari jam 10 pagi sampai lewat ptg tok anjang berada di lokasi kg pintu padang dimana semua kekuatan pdrm, bomba, jpam, unit anjing, pasukan elit pph senoi perak, renjer, sukarelawan tempatan dan luar dan lain2 berkumpul.

Kebetulan disitu homestay Tok. Tok bg pakai homestay dan dewan terbuka digunakan sepenuhnya. Tok bersama isteri dll bawak seorg ustaz utk naik atas bersama kawan karib mangsa dari Johor dan abg ipar Ashraf (mangsa) utk scan lokasi Ashraf berada. Ustaz berbadan besar terpaksa berhenti banyak kali dan di papah utk sampai ke puncak.

Dlm perjalanan bertemu seorg lg ustaz tahfiz pengamal perubatan Islam yg Tok kenal dlm perjlnan turun bersama srg shbt lama outdoor.
Sampai atas dilokasi batu putih Ustaz bgtau banyak rumah2 kg org bunian. Ustaz mula berkomunikasi dgn panglima mereka dan stlh dirukyah mereka akur utk lepaskan. Dan kami turun.

Ptg sblm Tok anjang balik Ipoh tadi ada grup abg Ta (bekas ketua kg pintu padang) bawak naik 2 org Ustaz utk Solat Maghrib, Hajat diatas. Ptg ini juga keluarga Asraf khasnya Ibu kpd Asraf naik ke puncak dan mengadakan Solat Hajat.

Ibu Asraf dlm linangan air mata memohon kepada Asraf utk pulang kepangkuan na. (trip ini Li Grik dan Eddie Climber ikut serta)
……….. Namun sehingga pagi ini belum ada lagi berita Sdr Mohamad Ashraf bin Hassan ditemui. Teruskan berdoa Malaysia.

Sambungan perkongsian usaha berterusan SAR mencari mangsa sesat Mohamad Ashraf bin Hassan asal Muar Johor di Bukit Batu Puteh, Kg Pintu Padang, Gopeng. 28/3/2919

Hari ini Tok Anjang ke Kg Pintu Padang lewat sampai jam 3.30. Siap menunggu Li grik, Iqbal MAYC dan grup RGS. Sesampai je Tok Mie dan Hj Wok dari kuala Kangsar kami terus mendaftar nama dan naik ke puncak Bukit Batu Putih.

Hampir sampai ke puncak kami disambut dengan hujan renyai renyai. Kami sempat berjamaah Asar. Selesai Tok Mie membaca doa panjang mohon dipertemukan dengan ACAP, kami terus memulai slot mengesan lokasi ACAP yang dikatakan disorok oleh makhluk halus.

Dalam suasana sunyi diringi hujan renyai renyai kami berzikir diketuai oleh Hj Wok, perkara aneh berlaku. Majoriti drp 16 org yg berada disitu mendengar bunyi motor dipuncak bukit. Juga mendengar bunyi orang bercakap cakap dengan perlahan.

Seterusnya perlahan lahan sedang semua berzikir itu muncul gambaran lokasi lokasi di minda minda 16 org yang berada disitu. Setelah diminta buka mata kami berkongsi visual yang kami lihat. Majoriti diberi gambaran batu batu besar.

Tok Nampak ketulan batu besar putih. Hairan juga. Macam diatur atur. Namun yg lebih mengejutkan ada srg yg selalunya jadi org yg pertama menolak benda benda dan amalan pelik mendapat gambaran yang lain dari semua orang.

Beliau didatangi seorang tua berjubah, berserban putih dan bertongkat berdiri tegak dibelakang isteri Tok. Berdiri diam beberapa lama melihat tanpa bergerak kumpulan zikir kami. Shbt kita cuba berkomunikasi dlm minda dengan orang tua bertongkat bertanyakan ACAP tapi orang tua itu diam lama. Pada akhirnya menyebut Kandu dan hilang.

Jam menunjukkan jam 6.10 ptg dan Kami kemudian mulai turun. Dibawah kami menemukan batu batu yang digambarkan tadi. Dalam kehairanan kami mula mencari dikawasan tersebut sambil memanggil nama ACAP. Namun tiada tanda apa apa. Kami terus turun perlahan lahan dalam hujan renyai dengan harapan tinggi menemui ACAP.

Sehingga ke base camp dalam keadaan penat namun tidak kecewa sebab harapan masih ada selagi ada insan yang tidak putus putus datang untuk membantu mencari. Dalam perjalanan turun kami menemui 2 grup india yang begitu tegar dan prihatin untuk menjejak ACAP. Terima kasih Malaysia.

Di Homestay Mak Anjang ramai dari PAS Gopeng hadir untuk solat Maghrib dan baca yassin diadakan. ACAP….. Tunggu dan kuatkan semangat, besok akan ada grup yang akan bawak kamu keluar. INSYAALLAH. Sumber FB Tok Anjang

Dah baca habis? Jom like page Soya Lemon Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*