Mufti Perlis ‘sound’ kadi yang suka BULl-BULI pengantin sehingga terketar-ketar mereka

Mufti Perlis ‘sound’ kadi yang suka BULl pengantin sehingga terketar-ketar
Ada yang pernah kena?

TIDAK disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan dalam akad nikah, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Malah, Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr MAZA menegaskan proses ijab kabul sebenar-benarnya adalah mudah dan akad nikah sudah menjadi sah jika bakal suami menjawab, “Aku terima nikahnya.”

“Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuuli pengantin,” tegur mufti itu menerusi satu status Facebook baru-baru ini.

“Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: Perlu ulang ke?

Sekali lagi!

“Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi!’ Ini adalah permainan buuli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.”

Perbuatan sesetengah kadi yang mendera pengantin agar mengulang lafaz terima ijab kononnya belum sah telah menggambarkan proses akad sebagai itu sebagai amat sulit sehingga ada pengantin lelaki yang terketar-ketar untuk menyebutnya.

“Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud tujuan tersebut maka ia sah,” tulis Dr MAZA.

Sambung beliau lagi

“Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi‘i, maka sahlah ijab dan kabul tersebut,” tegur tokoh agama berkenaan.

Apa pendapat anda? Ada yang pernah rasa situasi ini?

Dah baca habis? Jom like page Soya Lemon Viral

Sumber : Astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*