‘Mengapa saya maafkan lelaki yang membvnuh anak saya’ – Hakim sebak Dan tak sangka ini ayat Al-Quran yang dibacakan Bapanya

‘Mengapa saya maafkan lelaki yang membvnuh anak saya…?’ – Hakim sebak menangis & tak sangka ini ayat Al-Quran yang dibacakan

Ya Allah..beratnya ujian lelaki ini . Lihat reaksi spontan saat berhadapan dengan pembvnuh anaknya. 😭😭

Ketika fenomena IsIam0f0bia masih h4ngat diperkatakan di Amerika Syarikat (AS), seorang bapa membuktikan ajaran Islam sebenarnya sangat indah dan tidak seperti yang diuar-uarkan selama ini. Walaupun berdepan dengan pembvnuh anaknya, Abdul-Munim Sombat Jitmoud dikatakan masih boleh berlapang dada dan tidak berdenndam terhadap individu tersebut ketika kes itu dibicarakan di sebuah mahkamah di Kentucky, baru-baru ini.

Lelaki itu dipeluk

Tertuduh, Trey Alexander Relford bukan sahaja dimaafkan oleh Abdul-Munim, malah lelaki itu turut dipeluk dalam suasana yang amat mengharukan di mahkamah terbabit, lapor CNN.

Menurut Abdul-Munim, apa yang dilakukan itu adalah sejajar dengan tuntutan Islam.

“Dalam Islam, tuhan tidak akan memaafkan seseorang sehingga orang yang melakukan kesalahan itu dimaafkan oleh individu yang dianiaya terlebih dahulu.

Pintu taubat

“Dalam hal ini, pintu taubat masih terbuka. Jadi, dekatkan diri anda dengan-Nya. Permulaan satu kehidupan baharu yang lebih baik sedang menanti anda,” katanya kepada Relford.

Anak lelaki Abdul-Munim, Salahuddin Jitmoud dipercayai dibunvh dan dir0mpak ketika sedang menghantar pesanan piza berhampiran sebuah pangsapuri di Lexington, Kentucky pada bulan April 2015.

Niat asal mahu mer0mpak sahaja

Susulan pembvnuhan itu, tiga suspek ditahan, namun hanya Relford didakwa dalam kes ter­babit walaupun dia menafikan membvnuh Salahuddin selepas merancang untuk mer0mpak mangsa.

Relford kemudian dijatuhi hukvman p3njara selama 31 tahun selepas mengaku bersalah me­lakukan perbuatan berkenaan.

Marah dengan ‘Syaiitan’ yang merasvk

Dalam pada itu, Abdul-Munim berkata, dia sebenarnya marah dengan perbuatan ‘syaitan yang merassuk’ Relfold melakukan j3nayah tersebut.

“Saya tidak salahkan anda (Relford) dan saya tidak marahkan anda. Saya maafkan semua perbuatan anda,” katanya yang mendakwa sering membaca al-Quran untuk mencari ketenangan selepas kematian anaknya.

Sementara itu, Relford dipetik sebagai berkata:

“Tidak banyak yang boleh saya perkatakan ketika ini. Saya minta maaf atas apa yang berlaku tempoh hari dan tidak ada apa yang boleh saya lakukan untuk mengembalikan (Salahuddin) kepada anda semula.”

Tak sanggup masa depan pemuda ini m4ti

Abdul-Munim berkata beliau tidak pernah mengenali Relford atau ibu bapanya. Menurutnya, beliau mengambil keputusan memaafkan Relford dan mengharapkan pemuda itu tidak dijatuhkan hukvman m4ti, sebaliknya menjalani penjara 31 tahun.

“Kami tidak sanggup memikirkan Relford menjalani hukvman m4ti di kerusi eI3ktrik,”

kata Abdul-Munim, bekas pengetua sekolah yang pernah menguruskan 7 buah sekolah Islam di Amerika Syarikat selama lebih 3 dekad.

Peraturan Mahkamah, Tak boleh pandang

Abdul-Munim berkata beliau diberitahu supaya tidak memandang wajah Relford ketika perbicaraan. Tetapi pengalamannya sebagai guru menyebabkan nasihat itu sukar dituruti, katanya.

“Saya melanggar semua protokol di mahkamah,” katanya.

Tawar tisu kepada pembvnuh anaknya

Mereka yang hadir di mahkamah ketika itu bukan sahaja tersentuh dengan sifat pemaaf Abdul-Munim, tetapi juga tersentuh apabila dia menawarkan sehelai tisu kepada Relford bagi mengelap air matanya.

“Apabila dia menangis, saya memberikannya tisu apabila melihat dia mengelap air matanya menggunakan kolar baju penjara,” katanya.

Ketika memeluknya, Abdul-Munim berkata dia dapat merasakan Relford betul-betul insaf dan menyesali perbuatannya.Abdul-Munim membisikkan kata-kata nasihatnya.

“Saya memberitahunya supaya berkawan dengan orang yang baik apabila bebas nanti.”

VIDEO

Tuhan Maha Penyayang

Abdul-Munim berkata beliau percaya dengan sifat Tuhan yang Maha Penyayang seperti disebut berulang kali dalam Al-Quran, dan inilah yang menggerakkannya untuk memberikan peluang kedua kepada Relford.

“Al-Quran berfirman, sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa, dia umpama menyelamatkan seluruh manusia,” katanya memetik ayat 32 dalam Surah Al-Ma’idah.

Abdul-Munim berkata sepotong ayat dalam Surah Al-Tawbah memberikannya ketenangan:

“Tidak sesekali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal” (ayat 51).

Satu lagi ayat Al-Quran yang menjadi inspirasinya ialah di dalam Surah Al-Zumar:

“Wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.”

Empat tahun lalu, Abdul-Munim kehilangan isterinya, Jamilah Kolocotronis, yang meninggaI dvnia akibat Ievkaemia.

Sumber : Utusan.my & www.freemalaysiatoday.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*