Lpas grad, adik ipar dduk skali. Tapi aku pelik dah sebulan dia xbasuh bajunya. Satu hari aku buka pintu bilik dia, Allahu. Tak percaya apa yng aku nmpak.

Lpas grad, adik ipar dduk skali walaupun berat hati aku nak bagi. Dah lama dduk sini, aku pelik dah sebulan dia xbasuh baju. Kebetulan haritu adik ipar aku keluar dengan boyfriend dia. Okay. Aku bukak pintu bilik dia.Astaghfirullahalazim.Tak percaya apa yg aku nmpak.

Aku Hana. Awal 30-an. Dan dah berkahwin. Aku tahu akan ramai yang triggered apa yang aku akan tulis ni. Aku tak tujukan dekat semua anak dara perempuan. Kalau kau terasa. Maknanya kau buat lah tu. Yang rajin takpa. Kau duduk diam-diam. Kot yang pemalas kerja nak cantik 24 jam tu. Meh sini baca. Akak nak sekolahkan kau sikit. Buat suami aku, aku minta maaf bukan niat nak burukkan adik ipar sendiri. Tapi aku dah lama tahan. Kalau adik ipar aku baca atau terasa. Dik, akak cuma nak nasihatkan kau. Berubahlah. Sebab nanti kau yang menyesal di kemudian hari.

Macam ni, aku lepas kahwin duduk rumah sendiri lah dengan suami aku. Then, elok kami hidup berdua. Start tahun lepas betul-betul lepas adik ipar aku graduated. Dia dapat kerja. Dia kerja, kerja punya kerja. Dia berhenti. Alasan gaji 2500 kerja sampai pukul 11 malam. Aku malas nak mention nama company dia kerja.

Tiap hari suami aku cerita kesianlah dekat adik dia penat kerja. Aku pun kesian jugak dekat adik ipar aku masa ni. Yelah dengan keselamatan lagi kan seorang perempuan balik tengah malam. Untuk pengetahuan korang, laki aku ni dua beradik je dengan adik dia ni. Jadi kau fahamlah kasih sayang tu macam mana. And family mertua aku pulak stay dekat area pinggir bandar.

Adik ipar aku ni ulang alik pergi kerja naik kereta. By the way, aku pun kerja. Macam kebanyakan orang lain 8-5 petang. Okay aku faham setiap kerja ada susah dan senang masing-masing. Its up to yourself untuk kau handle macam mana nak kerja dengan baik. Lagilah zaman sekarang ni nak cari kerja bukan senang.

Nak jadi cerita bulan 12 tahun lepas, suami aku bagitahu. Adik dia nak tumpang duduk rumah sementara nak cari kerja. Aku mula-mula berat hati nak setuju. Sebab aku rasa tak ada kekangan pun untuk adik dia cari kerja walaupun dia duduk rumah mertua. Seminggu jugak lah aku fikir banyak kali nak bagi ke tidak. End up aku setuju. Jadi bermulalah kehidupan aku bersama adik ipar yang cantik tapi ‘rajin’ ni.

Bulan pertama so far so good. Dia tolong basuh pinggan. Kalau aku dengan suami aku pergi kerja dia kemaskan rumah. Aku bahagia betul. Jadi aku balik just terus masak makan malam je untuk kitorang. Tapi aku ada satu benda yang pelik. Adik ipar aku ni tak pernah nampak dia basuh baju dia. Aku pun tak dan nak check bilik yang dia tidur (dia tumpang salah satu bilik rumah kami).

Dan rezeki aku pulak pregnant 3 bulan. Aku adalah mc 2 hari sebab tak larat sangat masa tu. Kebetulan haritu adik ipar aku keluar dengan boyfriend dia. Okay. Aku bukak pintu bilik dia. Astaghfirullahalazim. Aku terus l0ya. Nak termuntah.

Bilik dia kain baju bertimbun (aku syak dah sebulan dia duduk itulah agaknya baju dia). Aku tak tahu dah mana satu baju bersih, mana satu baju k0tor. Plastik mc donald penuh bersepah sampai dah terkeluar dari plastik. Bau bilik ? Kau faham sendiri. Aku pun angkutlah satu-satu baju masuk bakul dan basuh. Dia balik rumah. Kau tahu dia cakap apa ? Thank you kak tolong basuhkan baju.

Sejak dari itu, kemenjadian menjadi anak raja tu terserap dalam diri dia. Dia akan letak je baju kotor dia dalam bakul baju kotor. Then blah. Dia sekarang pandai dah, pinggan tak basuh lepas makan. Nak harapkan hidang makanan? Kirim salam. Dia hanya terperap dekat bilik. Lepas aku dah siap masak. Laki aku macam butler ketuk pintu bilik panggil dia turun makan. Sekarang kalau aku balik rumah pun. Tak macam dulu dah. Kalau aku pagi tak sempat kemas rumah. Petang aku balik macam tu jugak lah keadaan rumah aku tu.

Kadang-kadang baju dalam bakul aku tak sempat sidai. Sampai ke waktu petang lah baju tu berkepam dalam bakul sampai hilang dah bau wangi. Ada satu masa, mak mertua aku datang rumah. Mak mertua aku yang sidaikan baju adik ipar aku. Jadi kau faham tak maksud dia apa? Aku stres. Aku marah. Aku geram. Dengan aku yang mengandung ni lah gilir-gilir dengan laki aku buat kerja rumah sekarang ni.

Adik ipar aku? Layan instgram, kononnya cari kerja. Layan youtube. Tidur, keluar makan dengan boyfriend. Begitulah rutin dia tiap hari. Aku suarakan benda ni dekat suami aku. Dia kata nanti dia tegur. Nanti? Sampai bila? Sampai aku dah beranak ke? Kenapa aku tulis ni hari ni? Sebab aku dapat tahu suami aku kata adik ipar aku suarakan hasrat untuk berkahwin. Oh tidak. No no no. Kau nak cakap aku jealous? Tidak sama sekali. Aku cuma nak pesan terutamanya adik ipar aku dan juga anak-anak perempuan lain kat luar sana.

Kau nak cantik ? Boleh. Asalkan jangan pemalas / jangan jadi peng0tor. Bersiap bukan main lawa kalau keluar dengan kawan. Depan orang bolehlah fakke konon pembersih. Kau tak perlukan pun sampai jadi OCD untuk jadi pembersih. Kau ingat dengan muka cantik suami kau kenyang. Jangan sampai suami kau pegang title ‘makan luar’tiap hari.

Rajinkanlah bangun pagi. Belajar masak. Belajar uruskan rumah. Aku seriau tengok golongan yang konon jadi pujaan orang ramai ni cantik kat luar padahal silap-silap seluar dalam dengan bra pun kau tak basuh. Belajar-belajarlah kemas bilik sendiri. Macam mana kau nak kahwin kalau hal diri sendiri pun tak endah?

Belajar tinggi-tinggi, muka cantik tapi pmalas. Kalau kau cakap lepas kahwin nanti belajar lah semua tu. Kau yakin? Belajarlah jadi rajin anak perempuan zaman sekarang. Ya. Aku pun cakap dekat diri sendiri juga ni. Sebagaimana aku tak suka orang pemalas dan peng0tor. Aku pun kena buat benda yang aku cakapkan. Tolonglah. Cakap pandai. Buat nya tak.

Sekian…

Dah baca habis? Jom like page Soya Lemon Viral

– Hana via iium

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*