3 bahan ini boleh mengubati Gastrik dan Pedih Ulu hati. Semoga bermanfaat

Pedih di ulu hati?
Perut kembung?
Kurang selera makan?
Rasa nak muntah dan pening kepala?

Di atas adalah simptom sakit gastrik. Ia terjadi jika anda ‘skip’ atau lewat makan, stress, makan makanan terlalu pedas, tidak kunyah makanan sehingga lumat dan hadapi masalah penghadaman.

Gastrik bukan penyakit, tetapi masalah kesihatan. Jadi ia sebenarnya boleh diubati.

Anda boleh memilih untuk makan ubat yang diperoleh daripada klinik ataupun sumber alam semula jadi seperti yang disenaraikan

3BAHAN SEMULAJADI PENGUBAT SAKIT GASTRIK

1. DAUN KUNYIT
Daun kunyit memiliki antioksidan yang tinggi dan mampu meningkatkan pertahanan tubuh badan melawan sebarang penyakit.

Caranya, tumbuk dengan lumat dan campurkan bersama segelas susu. Amalkan setiap hari hingga hilang sakit gastrik.

2. DAUN JAMBU BATU
Jangan ingatkan jambu batu hanya boleh dimakan buahnya saja. Daunnya juga mempunyai khasiat dan berfungsi sebagai penawar pelbagai penyakit.

Rebus daun jambu batu hingga mendidih. Tapis airnya dan minum.

3. HALIA
Mungkin ramai yang tahu, halia memang mujarab dalam melegakan perut kembung dan berangin.

Selain itu, halia memang banyak sangat khasiatnya sendiri.

Semoga perkongsian ini berguna untuk korang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*