Cara mudah tanam Sayur di halaman rumah tanpa memerlukan ruang yang besar.

Tanam Kangkung Guna Penapis, Sesuai Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam Tapi Rumah Tiada Tanah yang luas.

Minat sangat menanam sayur tapi tiada ruang untuk bercucuk tanam. Ini selalunya dilema mereka yang tinggal di apartmen, flat atau rumah yang tiada ruang untuk berkebun. Zaman sekarang boleh dikatakn banyak rumah yang tidak berpijak di tanah, tambah-tambah yang hidup di kota.

Tapi idea perkongsian Yuziyana Yusop membolehkan anda meneruskan minat bercucuk tanam ini.

Dia berkongsi cara menanam kangkung menggunakan mangkuk penapis yang dipraktikkannya.

Bukan saja kangkung tapi cara ini juga boleh digunakan untuk menanam kesum, bayam, salad, sawi, pegaga, selom, kailan oregano, pudina, bayam brazil dan banyak lagi.

Langkahnya boleh ikut cara ini ya:

1. Ambil benih kangkung dan rendam selama 24 jam. Boleh dibeli di kedai menjual benih atau baja.

2. Letak tapis atas baldi keci

3. Tuang sabut kelapa hancur atau cocopeat dalam tapis

4. Taburkan benih kangkung yang direndam sebelum ini.

5. Selepas itu tutupkan benih dengan selapis nipis cocopeat lembap.

6. Kemudian tutup benih selama dua hari.Tujuan benih ditutup adalah untuk mengekalkan kelembapan sabut dan cepatkan benih bertunas.

7. Bila sudah bercambah seperti dalam gambar bolehlah letakkan air baja dan terus dedah kepada cahaya matahari

Daun kuning itu bila terkena matahari akan perlahan-lahan bertukar jadi hijau. Untuk permulaan akar kangkung masih pendek jadi pastikan air mesti kena hingga bahagian bawah tapis.

8. Ini gambar hari kelima

Air baja perlu ditambah, bukan ditukar. Air baja akan semakin susut diserap oleh akar. Penggunaan baja: Minggu pertama – 10ml baja AB + 2 liter air, minggu kedua – 15ml baja AB.
9. Tempoh tuaian dari mula semai 21-25 har

Berikut adalah langkah2nya. Selmat mencuba.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*