Bersalin Czer Bukan Jalan Pintas, 5 Risiko Bersalin Czer Yang Tak Boleh Dianggap Remeh!

Ramai yang cakap kalau bersalin czer atau dikenali sebagai caesarean adalah salah satu alternatif untuk mengurangkan rasa sakit kalau compare dengan bersalin normal. Korang salah sama sekali! Ramai yang tak faham bersalin czer atau c section ini sebab duk ikut dengar orang lain. Pantang orang bersalin czer pun patut diamik berat seperti bersalin normal.

Rasanya kalau diberi pilihan, ramai wanita yang menginginkan bersalin secara normal. Czer selalu dilakukan jika berlaku kontraksi yang menyebabkan pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan. Sama ada pembedahan dilakukan secara pilihan ataupun kecemasa, bersalin czer mempunyai risikonya sendiri.

5 Risiko Bersalin Czer

1. Pendarahan dan Darah beku

Ibu lebih berisiko untuk kehilangan darah yang lebih banyak jika berbanding dengan bersalin normal. Pendarahan yang banyak akan jadi lebih banyak jika mereka mengalami masalah berat badan atau masalah lain ketika hamil.

Darah beku boleh terbentuk di urat saraf bahagian kaki dan pelvik ibu. Darah beku amat bahaya kerana darah beku boleh bergerak dan berkemungkinan untuk tersumbat dalam saluran darah di peparu. Gumpulan darah yang dikenali sebagai pulmonary embolism amat bahay kerana ianya boleh membawa maut.

2. Jangkitan kuman

8% daripada wanita yang menjalani pembedahan Caesarean ini masih mendapat jangkitan kuman selepas pembedahan. Antara jangkitan yang boleh berlaku adalah:

Jangkitan salur kencing – jangkitan boleh berlaku kerana semasa pembedahan tiub nipis atau catheter akan dimasukkan dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda.

Jangkitan bahagian luka – antara tanda – tanda jangkitan adalah berair, kemerahan dan kesakitan yang makin teruk dibahagian luka

Jangkitan lapisan Rahim (Uterus) – jangkitan ini berkemungkinan berlaku jika jangka masa air ketuban pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersaln atau sekiranya ibu banyak menjalani pemeriksaan faraj sebelum pembedahan. Antara tanda -tandanya ialah pendarahan yang terukm lendiran yang tidak normal dan berbau dan kemungkinan anda boleh demam.

3. Sakit luka pembedahan

Anda mungkin tidak berasa sakit ketika pembedahan tetapi menurut The Malaysian Medical Gazette, anda akan mula rasa sakit selepas beberapa hari pertama selepas pembedahan. Kalau nak menyusukan bayi lebih sukar berbanding dengan mereka yang bersalin normal. Lebih kurang 1 dalam 10 yang mengalami ketidakselesaan pada luka pembedahan untuk beberapa bulan yang pertama.

4. Kesan Bius

Bius digunakan kepada ibu supaya tidak berasa sakit semasa pembedahan. Menurut Mayo Clinic, untuk segelintir kes selepas menerima suntikan, sesetengah wanita akan berasa sakit kepala dan juga tidak rasa selesa pada saraf. Ketidak selesaan ini mungkin boleh berterusan selama beberapa hari malah mungkin beberapa minggu.

5. Risiko kehamilan seterusnya

Antara risiko yang mungkin adna mengalami adalah seperti plasenta previa iaitu uri di bawah untuk kehamilan yang akan dating. Terdapat juga risiko kecil parut pada Rahim atau koyakan uterin atau dikenali sebagai uterine rupture. Rahim pecah atau koyak sangat jarang berlaku tapi berisiko dan amat berbahaya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*