
Zaman Sekarang kita mesti nak generate income yang lebih disebabkan faktor ekonomi. Dekat sini admin nak kongsi kerja yang korang boleh buat sambil sambil!
1. Grab Driver
Grab driver adalah salah satu alternatif yang korang boleh cuba untuk mendapatkan duit poket yang lebih. Lagi satu, cara ini korang boleh pilih ikut masa yang sesuai untuk korang. Tapi korang kene make sure to do some homework dan calculate kos minyak,mileage, tayar dan sebagainya untuk mengelakkan kerugian.
2. Menulis Blog
Menulis blog pun dapat membantu anda serba sedikit untuk menaikkan sumber pendapatan anda. Anda kene tau cara yang betul dan sentiasa up to date dengan isu sesama. Ataupun anda bloeh menceritakan tentang rutin harian anda yang dapat menarik peminat pembaca.
3. Graphic Design
Jika anda ada based design, mungkin anda boleh cuba untuk berjinak ke arah graphic design. Mungkin anda boleh cuba untuk membuat freelance ataupun cari motivational quotes dan mungkin korang boleh membuatkan dia lebih menarik untuk dijadikan book mark, or anything dan boleh jual di Etsy atau di page facebook anda sendiri.
4. Isi Online Survey
korang tau tak isi online survey pun boleh dapat untung kalau korang aktif. Sebagai contoh vase. Admin pun guna vase juga. Dia akan hantar notification dekat email dan korang kene isi mengikut masa dia. Maybe korang boleh buat research sikit online survey yang available. Tapi make sure isi dengan keikhlasan bukan sambil lewa. eceh.
5. Host Airbnb
Andai kata korang ada rumah atau homestay, mungkin korang boleh sewakan di Airbnb. Airbnb function dia untuk tourist ataupun rakyat malaysia sendiri yang mencari tempat tinggal di kawasan yang diorang nak duduk.. Mungkin tempat tinggal ada bersesuaian dengan tempat untuk tourist pegi so diorang akan book rumah anda. Anda juga akan dapat keuntungan sebagai host.
6. Make up artist
Bagi anda yang berbakat dalam make up, mungkin korang boleh cuba slow slow buat bussiness dengan family member dulu. Service diorang dan slow slow promote dekat social media yang ada. Mana tau ada rezeki korang, lama lama mungkin korang akan jadi MUA yang ber jaya!
7. Floral Design
Kalau korang jenis yang memang handy, mungkin korang boleh try floral designer. Admin pernah try buat floral design time study dulu tapi memang menguntungkan. Kalau nak tengok tutorial mungkin korang boleh slow slow belajar dekat youtube. Ingat, Practice makes perfect!
8. Menulis dan Edit Resume
Mungkin ada antara korang yang memang hebat dalam english or bahasa. Mungkin korang boleh memperkenalkan perkhidmatan untuk cek resume dari segi tatabahasa, susun ayat dan sebagainya.
9. Photographer
Admin tau mesti ada antara korang yang berbakat dalam photographer. Korang tau macam mana nak main dengan angle, shadow dan proportion. Mungkin korang boleh tunjuk bakat korang dalam social media dan promote service photographer korang!
10. Tour Guide
Siapa dekat sini tak suka melancongkan? Kalau korang ni jenis yang suka melancong dan suka berborak at the same time mmungkin korang boleh cuba untuk jadi tour guide di tempat yang korang familiar.
selamat mencuba!
Leave a Reply