Mujarab! Amalkan Minum Air Rebusan Ini Untuk Redakan Gastrik

Sebut sahaja gastrik secara tidak langsung ada antara kita beranggapan ianya adalah penyakit popular di bulan puasa. Tapi hakikatnya, pada bila-bila masa pun boleh terjadi.

Bagi yang  pernah merasai sakit gastrik ini, tahulah betapa sakit dan senaknya di bahagian ulu hati hingga menyebabkan tidak selesa hingga ada yang terpaksa membongkokkan diri untuk kurangkan kesakitan. Cara terbaik redakan kesakitan, seharusnya mengambil ubat yang disarankan doktor.

Pun begitu, boleh juga amalkan minuman herba ini sebagai cara alternatif. Untuk Jom baca perkongsian Nurhamimi bagaimana cara menyediakan minuman herba tersebut.

AIR REBUSAN HERBA PETUA MAK

Bulan lepas, mak gastrik teruk. Selepas beberapa hari, mak cek dengan doc, b/p mak naik ke 200, tanpa ada simptom-simptom yang biasa pesakit darah tinggi alami. Tak pernah mak macam ni.

Dipendekkan cerita lah ya. Kawan baik mak, Cikgu Rohaya ada share dengan mak resepi ni. Katanya baik untuk darah tinggi, kencing manis & gastrik.

Mak amalkan, dan dalam beberapa hari saja alhamdulillah ada perbezaan, ada perubahan positif. Bacaan darah turun, angin dalam dalam badan banyak keluar, tidur nyenyak, sakit ulu hati & sembelit dah tak ada.

Mak pun ada suggest KakMim buat & minum air ni sebab KakMim ada gastrik yang agak teruk jugak.

Ok. KakMim stop kejap minum #PatiHaliaMakMertua yang menjadi amalan itu, lalu KakMim cubalah resepi ni. Result dia, sakit-sakit & lenguh-lenguh badan hilang, badan berpeluh & rasa sihat, yang paling best, lawas giler. Masuk toilet, duduk je terus poop! Haha. Dah lama tak rasa best mem’berry’ sebegitu. Angin dalam perut ni pulak berlumba2 nak keluar tak amik no giliran dah. Best.

Korang nak try, sila lah. Kalau was-was, jangan lah ya, ataupun dapatkan nasihat dari doktor dulu. Bila dah amalkan dan badan korang sihat asbab daripada mengamalkan resepi ni, mudah-mudahan pahala mak KakMim & sahabatnya tu Allah lipatgandakan. Insyaallah, aamin.

Pastu, KakMim nak minta tolong doakan mak KakMim yang warded sekarang disebabkan masih dalam pemeriksaan, kerana masalah jantung. Semoga mak diberikan kesihatan & pulih seperti sediakala.

Rabbi yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bil khair!

Tak sabaq nak balik bekam mak!

Resepi

Bahan-bahan:

  • Kulit kayu manis
  • Secubit halba
  • Jintan halus
  • Jintan kasar
  • Beberapa helai daun pandan
  • Dua inci halia

Cara penyediaan :

Rebus semua bahan. Setelah rebus warna air bertukar merah. Tapis semua bahan, ambil airnya sahaja.Tuangkan ke dalam cawan, sedia diminum.

Sumber : FB Norhamimi Huda Binti Harme

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*