Saya Dan Isteri Pernah Diuji Tiada Zuriat, Ramai Cadangkan Saya Kahwin Lagi. Ini Kisah Adam Corrie

Pelakon Adam Corrie terpanggil untuk berkongsi pandangan mengenai isu poligami dan dugaan rumah tangganya sepanjang mendirikan rumah tangga selama lebih 10 tahun. Kata Adam, sepanjang diuji dengan ketiadaan zuriat, ada antara individu di sekeliling yang mencadangkannya untuk berpoligami.

“Dugaan rumahtangga mmg banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada. “Ada ketikanya dulu, kami diuji dgn tiada zuriat. Ramai yang cadangkan saya berkahwin lagi. Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.

“Kebahagian rumahtangga bukan terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita. Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri. “Alhamdulilah selepas 10 tahun melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu @adamfatehlee. Sabar .. usaha.. doa,” tulisnya menerusi entri di Instagram.

Jagalah isteri dan anak sebagai anugerah & amanah yg Allah berikan pada kita sbg seorang khalifah keluarga. Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bkn kerana makhluk & nafsu. jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yg kita minta. Dugaan rumahtangga mmg banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada.

Ada ketikanya dulu, kami diuji dgn tiada zuriat. Ramai yg cadangkan saya berkahwin lagi. Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.

Kebahagian rumahtangga bkn terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita. Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri. Alhamdulilah selepas 10thn melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu @adamfatehlee. Sabar .. usaha.. doa..

Cinta perlu dipupuk dan disemai setiap masa dgn syariat. Jangan biarkan ia suram. . Cintalah pasangan kita masa keranaNya. Kebahagian itu akan hadir dengan sendiri selepas kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang .
#adamcorrie

Adam turut menasihati segelintir individu agar tidak menjadikan perkahwinan kerana nafsu semata-mata.”Jagalah isteri dan anak sebagai anugerah dan amanah yang Allah berikan pada kita sebagai seorang khalifah keluarga. “Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bukan kerana makhluk dan nafsu. Jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yang kita minta,” tambahnya.

Perkongsian Adam itu menjentik hati peminatnya yang turut mendoakan kesejahteraan keluarga itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*