Micheal Ang Sah Memeluk Agama Islam Setahun Lalu?

 Micheal Ang, pengarah dan penerbit, akhirnya membuat pengakuan bahawa dia sudah memeluk agama Islam kira kira setahun lalu selepas pelbagai spekulasi oleh rakyat malaysia.

Menuru Micheal Ang, Dia berkongsi dengan masyarakat tentang perkara ini kerana tidak mahu rakyat malaysia terus berada dalam keadaan teka teki mengenai status agamanya terutama apabila dia mengunjungi masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

“Alhamdulilah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dan bersedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.”

“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, Lebih baik saya berterus terang daripada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini.”

“Sebenarnya, kalau boleh tak nak memperbesarkan kerana ini antara saya dan Allah,” katanya secara eksklusif menerusi laman Youtube Official Ria X pada hari Selasa.

Sementara itu, pengarah filem Kimchi Untuk Awak ini meminta peminat mendoakan yang terbaik dan berharap penghijrahannya ini diberkati.

“Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi yang terbaik di sisi Allah,” Katanya.

Sebelum ini, pemilik nama Micheal Ang Hai Swee ini dikatakan sudah memeluk islam apabila memberitahu mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Menerusi muat naik terbahari di Instagram, ramai peminat meninggalkan komen mengucapkan syukur di atas penghijrahannya itu.

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*