Perompak Batal Niat Selepas Tengok Rumah Yang Dipecah Masuk Terlalu Bersepah

Siapa sangka rumah yang berselerak dan bersepah boleh menyelamatkan rumah daripada dirompak? Itu yang terjadi di Simpang Ampat, Pulau Pinang pada 24 April lalu apabila dua orang penyamun membatalkan niat mereka untuk merompak kerana menyangka rumah tersebut telah dipecah masuk.

Dalam kejadian yang berlaku pada 1 petang itu, kedua-dua penyamun dikatakan keliru dengan keadaan rumah yang bersepah dimana barangan dalam rumah itu berselerakan di ruang tamu dan diatas tilam. Tidak cukup dengan itu, perabotnya juga tidak tersusun dengan baik.

Menurut pemilik rumah berkenaan, Ang, 77, melihat sebuah kereta putih diletakkan dihadapan rumahnya sebelum terserempak dengan kedua-dua pencuri yang melarikan diri.

Pencuri terbabit sempat bertanyakan pada Ang, “Ini rumah awak ke”, sebelum mereka melarikan diri.

Menurut Ang, ini bukan pertama kali rumahnya dipecah masuk kerana ia telah berlaku beberapa kali sebelum ini. Ang juga tidak suka mengemas barang dan tidak menyimpan barangan berharga di dalam rumahnya.

Ini mungkin juga tip yang bagus untuk mengelakkan rumah anda disepahkan oleh perompak semasa cuti perayaan atau cuti sekolah nanti. Namun berapa ramai yang boleh hidup dengan keadaan rumah yang bersepah sebegini sehinggakan perompak yang masuk pun boleh bertukar niat. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*