Wanita Ini Kongsi Tip Buat Anda Yang Nak Sangat Jadi Tetamu Allah

Kalau dah lama sangat teringin nak jadi tetamu Allah, jemputlah baca pengalaman Hajjah Rohana Saad ini, ada banyak urusannya dipermudahkan tika tiba di sana walau sebenarnya kali pertama dia menjejak kaki ke sana.

Pengalaman Jadi Tetamu Allah

Ada sebahagian dari kita kali pertama dijemput menjadi Tetamu ALLAH tanpa teman dan kenalan. Ingin akak memberi serba sedikit tips daripada pengalaman akak sendiri yang menjadi Tetamu ALLAH bagi menunaikan ibadah umrah buat kali pertama tanpa ilmu dan tanpa teman.

Pengalaman pertama akak untuk ke Tanah Suci, rezeki akak hanya sempat pergi kursus umrah hanya sekali. Akak benar-benar pergi ke sana tanpa ilmu. Namun sebelum akak berangkat ke sana apa yang akak buat ialah setiap malam akak berdoa dalam solat tahajjud

“Ya ALLAH tolonglah aku, bantulah aku, aku hambaMU yang bodoh, aku jahil, aku akan ke Tanah Suci tapi aku takde ilmu, aku pergi seorang, aku juga takut. Hanya Engkau yang ku sembah dan hanya Engkau tempatku memohon pertolongan, tolonglah aku Ya ALLAH, tolonglah aku Ya ALLAH”.

Begitulah setiap malam akak merayu pada ALLAH mohon pertolongan dan benar2 berharap dan bergantung padaNYA.

Bila tiba hari yang nak berlepas di KLIA.. ALLAH dah menghantar bantuanNYA. Ketika akak sedang menunggu mutawif untuk memberi taklimat datang seseorang yang tak di kenali menegur akak dan bertanya “Akak pergi dengan siapa?”. Akak jawab akak pergi seorang dan inilah kali pertama ke Tanah Suci. Dia terus cakap mak sedara dia pun pi seorang dan beliau dah lebih 5 kali ke Tanah Suci.

Wanita tersebut terus bawa akak bertemu emak saudaranya bernama makcik Zaimah. Makcik Zaimah dengan rela hati sanggup membimbing akak. Selepas taklimat dia pimpin tangan akak bawa ke surau KLIA, dia ajar dan suruh akak solat jamak.

Pantang Larang Buat Umrah

Sesampai di Hotel Madinah, lepas letak beg kami berjanji bertemu di lobi kul 3 pagi dan kami ke Masjid Nabawi sama-sama. Dia ajar akak doa dan cara minum air zam-zam, pastu dia ajar bacaan solat jenazah. Banyak ilmu yang di ajar sehinggalah ke Mekah, di ajarnya pantang larang semasa melaksanakan Umrah dan sebagainya. Allahurobbi.. ALLAH benar-benar menghantar pertolonganNYA.

Tips lain buat pengetahuan bakal Tetamu ALLAH buat kali pertama mengikut pengalaman akak, setiap hajat-hajat kita yang kecil ALLAH makbulkan serta merta disana, akak yakin sangat dengan hal ni. Contohnya, masa kali pertama akak ke sana akak tak bawa kamera. Zaman itu talifon kamera jarang orang ada. Kawan-kawan serombongan sibuk bergambar, akak cuma berdoa dalam hati

“Ya ALLAH aku teringin nak ada gambar kenangan depan Ka’abah tapi aku takde kamera, tolonglah aku Ya ALLAH”.

Terus seorang kawan yang ada kamera pelawa akak nak ambilkan gambar dan janji akan hantarkan gambar tu ke Facebook akak. Kisah lain akak keseorangan teringin nak masuk Hijr Ismail kawasan orang berebut nak masuk dengan tolak menolak. Akak berdoa lah ya ALLAH permudahkanlah aku masuk ke Hijr Ismail tu, tetiba je kaki akak terus melangkah ke Hijr Ismail dengan laluan yang mudah, macam di buka laluan untuk akak memasukinya tanpa tolak menolak. Begitulah sedikit akak beri contohnya buat semangat untuk anda. Banyak lagi kisah-kisah bantuan ALLAH buat akak, panjang sangat pulak nanti penulisan ini.

Yakin Dengan Pertolongan Allah

Akhir sekali pesan akak, anda kena benar-benar yakin dan percaya dengan pertolonganNYA. Mohon dan minta sungguh-sungguh pada ALLAH. Sentiasalah kita merendahkan diri dengan ALLAH dan hamba-hambaNYA. ALLAH sangat faham dengan doa-doa yang kita panjatkan, bahkan pada saat kita tidak mampu menemukan kata yang tepat untuk mengungkapkannya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*