Kucing Bawa Pulang Anak Ular Sebagai Ganti Putuskan Wayar Headset Tuan

Mungkin kedengaran agak lucu, tetapi itulah yang berlaku apabila seekor kucing ‘menghadiahkan’ tuannya dengan seekor ular sebagai ganti setelah memutuskan wayar atau kabel alat dengar telefon.

Insiden itu dikongsi oleh tuannya, Haryanto Pherwhirra Ramadhani di salah satu group pencinta kucing di Facebook dan mendapat reaksi netizen yang rata-rata geli hati dengan gelagat haiwan peliharaannya.

Melalui posting itu, Haryanto memberitahu kucingnya asyik bermain sehingga mengigit wayar itu sampai putus.

Dia yang terkejut dengan keadaan wayar tersebut terus memarahi kucing kesayangannya itu sehingga ia keluar dari rumah. Tidak semena-mena setelah satu jam menghilangkan diri, lucunya ia kembali dengan seekor anak ular, seperti memberitahu ia adalah ganti kepada wayar yang telah diputuskan.

Insiden itu membuatkan kucingnya itu menjadi terkenal sehingga mendapat liputan di akhbar tempatan.

Sumber: Haryanto Pherwhirra Ramadhani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*