8 Idea Hadiah Yang Terbaik Sempena Untuk Hari Ibu

Sempena Hari Ibu yang akan menjelang tiba, which is on 12th May 2019 (Ahad). Anda mungkin sedang mencari hadiah yang menarik dan terbaik untuk diberikan kepada ibu anda. Di sini ada beberapa Hadiah yang boleh membuatkan ibu anda gembira bila mendapatnya.

1. Jam Tangan

Jam tangan adalah hadiah yang menarik untuk anda berikan kepada ibu anda. Sekali Sekala anda membelikan hadiah Jam Tangan yang mungkin nampak kecil tapi memberi impak dalam diri Ibu anda.

2. Bunga dan Kek

Tiada wanita akan mengatakan tidak kepada bunga. Apa kata anda cuba untuk pergi workshop dan belajar untuk mengubah sendiri untuk menjadikan ia lebih bermakna? begitu juga dengan kek. Yang penting usaha yang kita nak berikan kepada ibu kita yang terbaik. Ibu anda pasti hargainya.

3. Telekung

Telekung adalah pakaian sembahyang yang utama. Mungkin ibu anda mempunyai banyak telekung tetapi telekung yang diberi oleh anda lebih bermakna disis ibu anda.

4. Rantai Atau Barang Kemas

Pemberian barang kemas mungkin dapat mengembirakan hati ibu anda. Tidak salah untuk kita spend duit lebih sikit dekat ibu yang tercinta.

5. Spa

Manjakan ibu anda dengan memberikan hadiah yang dapat rehatkan badan dan mengurangkan rasa sakit di badan. Ibu anda pasti menyukainya.

6. Automatic Smart Vacuum Cleaner

automatic smart vacuum cleaner mampu memudahkan urusan ibu anda. Tidak perlu lagi menggunakan vacuum yang menyakitkan pingang. Vacuum ini bukan sahaja menyenangkan ibu anda tetapi juga membuatkan ibu anda lebih gembira dengan keadaan rumah yang sentiasa bersih.

7. Massage Chair

Bila kita semakin tua badan kita pun menjadi semakin lemah. Dengan adanya massage chair dirumah, boleh membantu ibu anda untuk menringankan rasa sakit di otot dan ibu anda akan lebih sihat dan bertenaga!

8. Holiday!

Siapa yang tak sukakan cuti? Sekali sekala anda boleh membawa  ibu anda ke hotel atau homestay dan menikmati percutian di sana. Jiwa tenang, Hati pun tenang.

Hari hari ialah hari ibu. Kita kena sentiasa jadikan setiap hari hari ibu. Hargailah ibu anda. Selamat mencuba~

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*