6 Langkah Mudah Bina Sendiri Troli Gaya IKEA Dengan Bahan Mampu Milik

Menyusun atur barang-barang di rumah pasti menjadi masalah bagi ramai orang. Anda perlu kreatif untuk menyusun atur barang-barang di rumah supaya tidak kelihatan tunggang-langgang.

Jadi, anda mungkin memerlukan troli comel gaya IKEA ini untuk memudahkan anda untuk menyusun atur barang-barang di rumah anda.

Yang lebih menariknya, anda boleh membuat troli ini sendiri di rumah. Maria Ariana, menerusi akaun Facebooknya telah berkongsi 6 langkah mudah untuk membuat sendiri troli gaya IKEA ini.

Perkongsiannya telah menarik perhatian ramai orang yang berminat untuk mencuba membuat troli gaya IKEA ini. Troli ini muat di ruangan sempit dan boleh digerakkan ke mana-mana yang anda mahu.

Anda boleh gunakannya sebagai tempat penyimpanan tambahan bagi semua perkakas dapur anda, aksesori meja atau untuk sarung tangan, kunci dan telefon bimbit.Berikut adalah barang-barang yang perlu anda sediakan:

#1. Bakul

Tiga buah bakul untuk menghasilkan troli tiga tingkat. Boleh didapati di kedai ECO. Saiz dan warna bakul boleh ikut cita rasa masing-masing.

#2. Roda  

Roda juga boleh didapati di kedai ECO. Terdapat dua unit dalam satu bungkus. Pastikan tapak pada roda berbentuk segi empat untuk memudahkan kerja apabila mahu memasang bolt.

#3. Paip PVC

Gunakan paip PVC saiz 15 milimeter. Jangan guna paip yang nipis, kerana tidak kuat untuk menampung beban.

#4. Gam paip PVC

Pastikan gam yang dibeli khas untuk paip PVC.

#5. Pengikat kabel (Cable tie)

Digunakan untuk mengikat bakul. Belikan saiz yang besar supaya kuat dan kukuh untuk mengikat bakul.

#6. Bolt, nat dan washer

Rujuk gambar untuk saiz. Digunakan untuk memasang roda.

#7. Penyambung paip PVC

Di bawah merupakan anggaran ukuran yang digunakan mengikut ketinggian troli:

Apabila semua perkakas dan barang sudah disediakan, ikuti 6 langkah mudah ini:

Langkah pertama:

Sediakan:

  • 4 unit L joint
  • 4 unit T joint
  • 2 unit paip 2 sentimeter
  • 2 unit paip 36 sentimeter
  • 4 unit paip 9 sentimeter

Sambung dan gam ikut seperti dalam gambar di bawah:

Langkah kedua:

Bahagian tiang:

  • 4 unit paip 7 sentimeter (untuk bahagian kaki bawah sekali)
  • 8 unit paip 23 sentimeter
  • 12 unit T joint
  • 12 unit paip 2 sentimeter (untuk sambung bahagian T joint) rujuk anak panah kuning.
  • 4 unit L joint.

Langkah ketiga:

Cantumkan bahagian tapak dengan tiang. Jangan lupa untuk menggunakan gam supaya tidak mudah tercabut.

Langkah keempat:

Tebuk lubang, rujuk gambar di bawah. Lubang dibuat untuk memasang roda dan bakul.

Langkah kelima:

Guna bolt, nat dan washer yang disediakan untuk memasang roda. Jika mahu dicat, pastikan dicat sebelum roda dipasang.

Langkah keenam:

Gunakan pengikat kabel untuk mengikat bakul di tiang. Pastikan diikat dengan kemas dan kukuh.

Siap!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*