Jangan Bersahur Dengan Nasi Putih & Kicap!

Menurut Prof Madya Dr Hamid Jan, makan nasi putih dan kicap tidak membantu untuk mengenyangkan kita malah dia akan mempercepatkan rasa lagi lapar! Anda pasti terkejut bila mendengarnya bukan? 

Bila kita makan nasi dan kicap di awal pagi selepas bangun tidur untuk bersahur, ia membuatkan kita lebih cepat lapar, lebih kurang bertenaga kerana di awal pagi kita baru bangun dan perut time tu tak berapa nak tak ready, perut kita masih tengah tidur, tapi kita start untuk push masuk lagi nasi dalam perut. Perumpamaan perut baru nak stretching tapi kita asyik sumbat nasi!

Masalah dengan kicap ialah kicap mempunyai tinggi garam yang tersembunyi. bukan kicap sahaja, malah budu dan sos juga. So bila garam kita tinggi waktu sahur, air daripada badan akan masuk dalam sistem urine (sistem buang air). Kalau badan kita banyak sodium, air daripada badan akan masuk kedalam sistem pundi kencing, dekat kidney dan dia akan terbuang sekali dengan air dan sodium dalam badan kita kerana sodium yang kita makan tadi akan diserap dalam badan kita dan memberi signal dekat otak yang badan kita kekurangan air dan mengakibatkan kita rasa lebih haus. Akhirnya, pukul 9 pagi dah dahaga.

Jadi option lain yang anda boleh buat ialah boleh korang gantikan dengan memakan buah dan bersahur secara sederhana kerana ia tidak membuatkan tubuh korang menggunakan tenaga dengan banyak untuk mencerna makanan.

Selamat mencuba!

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*