Jangan Percaya Dengan Mitos Otak Menentu Warna Yang Anda Lihat, Ini Penjelasan Doktor

Pada minggu lalu telah viral satu gambar yang berkaitan warna kasut yang dianggap satu psikologi yang menggunakan otak kiri dan kanan. Percaya atau tidak itu terserah pada anda.

Seorang pengguna Facebook, Ahmad Wazir Aiman berkongsi kenyataan yang mengatakan warna pada kasut atau baju yang diviralkan itu tidak ada kaitan dengan otak kiri dan kanan. Jangan risau sekarang anda akan faham kenapa ia dikatakan tidak selari dengan ‘dakwaan’ otak sebelah mana lebih dominan untuk anda.

Anda pernah dengar tentang ‘Colour Constancy’ ? Ia membawa maksud kecenderungan otak kita untuk mengekalkan dan mengimbangkan persepsi warna sesuatu objek merentasi situasi dan pencahayaan yang pelbagai. Oleh sebab itu, adanya persepsi warna yang berbeza pada gambar ‘close-up’.

Anda perlu diingatkan bahawa colour contancy ini bersifat subjektif merentasi individu, namun tidak mempunyai perkaitan langsung dengan otak kita. Konsep yang sering digunakan untuk otak ini adalah berkait dengan penyelesaian masalah, gaya belajar dan personaliti.

Fenomena ini berlaku apabila terdapat perubahan cahaya yang kita sendiri tidak tahu datangnya dari mana. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan gambar sesuatu objek itu dengan jarak yang dekat.

Perkara ini berlaku secara tanpa kita sedari dan ianya penting bagi membantu untuk mengenalpasti sesuatu objek pada situasi pencahayaan yang berbeza. Otak kita mempunyai bias yang tersendiri dalam mengolah warna suatu gambar yang terhad maklumatnya.

Contohnya gambar kasut atau baju tersebut, pencahayaan yang tidak diketahui, Jesteru, visual bahagian otak yang memproses imej dan warna apa yang kita lihat dan akan cuba untuk mengekalkan warna sesuatu objek itu – dalam bahasa mudahnya, nak adjust warna objek tersebut bagi nampak logik.

Bagi anda yang melihatnya baju tersebut berwarna emas dan putih, mungkin otak anda sedang mengandaikan bahawa baju tersebut diterangi cahaya kebiruan (seperti cahaya yang menembusi langit biru, dekat dengan tingkap).

Sebaliknya menterjemah warna baju itu sebagai putih. Mereka yang melihatnya berwarna biru dan hitam, otak anda sedang membuat andaian bahawa pencahayaan sekeliling mungkin datang daripada lampu tiruan (seperti lampu yang digunakan dalam kedai) yang berwarna kuning-oren.

Mengapa boleh jadi begini? Ini adalah asas proses penglihatan dengan cahaya bertemu dengan fotoreseptor di bahagian retina, untuk diproses dan diterjemahkan sebagai imej.

Mekanisma utama yang digunakan adalah adaptasi fotoreseptor-fotoreseptor dalam retina mata kita. Reseptor ini akan melaraskan sensitiviti mereka berdasarkan rangsangan cahaya yang diterima.

Jika jumlah gelombang panjang dalam pencahayaan keseluruhan bertambah, fotoreseptor merah akan kurangkan sensitivitinya untuk mengimbangkan imej terhasil.

Jika anda sudah terbiasa mengenalpasti sesuatu objek harian seperti pisang yang berwarna kuning, memori anda akan mempengaruhi persepsi warna dengan cara membetulkan sebarangan lencongan atau sisihan setiap kali anda melihat benda itu di masa akan datang.

Seperti gambar buah diatas, anda akan sedaya upaya memberikan memori tentang warna kepada setiap buah yang akan lihat. Perasan atau tidak? Padahal warna pada buah ini hanya ada 2 warna sahaja iaitu merah dan satu lapisan warna kelabu.

Akhirnya, menurut Wazir, kita boleh tutup dengan amannya mitos kononnya otak kiri atau otak kanak yang menetukan warna apa yang anda lihat.

Sumber : Dr Ahmad Wazir Aiman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*