Sibuk Ajar Anak Perempuan Supaya Jaga Maruah, Jangan Terlupa Didik Anak Lelaki Untuk Hormat Orang

Baik didik anak lelaki atau anak perempuan, dua-dua kena balance. Tak boleh terlebih dan terkurang tetapi apa yang penting cara didik tak boleh nak pandang remeh.

Kena tahu selok belok agar anak membesar jadi pasangan yang terbaik buat teman hidupnya nanti. Paling penting biar anak tahu menghormati dan tak berkira buat kerja rumah. Nak tahu lebih bab ini, baca perkongsian penuh dari Puan Iman Plymouth ini…

Kita terlalu sibuk didik anak perempuan supaya jaga maruah diri sampai terlupa didik anak lelaki untuk menghormati dan melindungi kaum wanita.

Kita terlampau sibuk mengajar anak perempuan jadi isteri yang taat dan patuh sampai terlupa nak didik anak lelaki jadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang.

Kita terlampau sibuk ajar anak perempuan uruskan rumahtangga, memasak, membasuh, mengemas, sampai tak perasan anak lelaki cuma tahu goyang kaki sebab semua dah terhidang depan mata oleh orang perempuan di dalam rumahnya.

Kita terlampau sibuk persiapkan anak perempuan dengan ilmu pertahankan diri, tutup aurat, jaga pergaulan sampai tak ingat nak ajar anak lelaki jangan sentuh jangan tenung anak perempuan orang sembarangan.

Perasan tak perempuan sentiasa diberi tunjuk ajar macam mana nak lalui zaman remaja (akil baligh) mereka supaya tak mengandung whatsoever? Perasan tak lelaki kena deal sendiri sepanjang proses akil baligh mereka dan tak ada yang approach?

Kita rasa bela anak perempuan seorang lagi susah dari jaga lembu sekandang. Kerana tak terdidiknya kaum lelaki lah kaum perempuan tertindas. Kerana tak terdidiknya orang lelaki lah orang perempuan automatik berdikari.

Wahai ibu wahai bapa. Didiklah anak-anak lelaki dan perempuan anda sebaik-baiknya. Kasihanilah anak lelaki anda yang ‘terabai’ dan disuruh belajar sendiri erti tanggungjawab.

Kasihanilah anak perempuan anda yang dibebani dengan tanggungjawab yang sepatutnya lelaki laksanakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*