Wanita Mulut Pvaka Sebenarnya Seorang Yang Baik Atau Sebaliknya?

Berjumpa dan juga duduk satu rumah dengan orang yang bermulut pvaka sememangnya sangat digeruni sesiapa sahaja, silap sedikit sahaja sudah pasti akan dimarahi. Namun, pernahkah anda berfikir secara positifnya? Bebelan dari si mulut pvaka sebenarnya banyak memberi manfaat kepada kita supaya tidak mengulangi kesilapan kita.

Bagi mereka yang suka berfikiran negatif, sudah pasti sangat sukar untuk mereka menerima si mulut pvaka dalam dalah kehidupannya. Bagi mereka, jangan usik dan jangan masuk campur dalam urusan mereka kerana terasa diri sudah sempurna, sebenarnya mereka masih memelukan nasihat si mulut pvaka bagi menyedarkan mereka dari kesilapan mereka.

Tahukah anda, sebenarnya mereka si mulut pvaka ini mempunyai niat yang baik kerana mereka tidak bercakap dibelakang, dan mereka lebih suka berterus terang.

Bukan semua orang boleh menerima teguran secara kasar, namun jika ianya mampu mengubah peribadi yang sebelumnya teruk kepada baik, mungkin ianya perlu!

Berlainan pula jika si mulut pvaka suka menjaja cerita yang tidak betul dan menjadi fitnah buat si mangsa! Jadi mulut pvakan yang banyak memberi manfaat melalui nasihat-nasihat berguna, jangan pula hanya tahu mengata dan juga menceritakan perkara yang tidak betul kepada orang lain. Ianya adalah salah satu dosa besar.

Namun begitu, menganggap si mulut pvaka sebenarnya seorang yang baik disangkal oleh sesetengah orang. Hal ini kerana, Abu Hurairah pernah memberitahu bahawa Rasulullah pernah bersabda,

“Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Tidak ada istilah

“Dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik.” di dalam Islam.

Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata,

“Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.”

Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka. Dan tahukah anda setiap kata-kata yang membuatkan orang lain tersinggung dengan kita mendatangkan dosa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*