Bawang Boleh Bantu Atasi Masalah Asma

Ramai pesakit asma alami masalah ini secara serius kerana mereka kekurangan ilmu untuk mengatasi masalah ini. Cara terbaik untuk mengatasi asma adalah dengan mengenali dan menghindari punca terjadinya asma.

Namun, dalam artikel ini kami tidak akan terangkan punca dan cara untuk menghindari asma. Sebaliknya kami ingin kongsikan petua untuk mengatasi masalah asma yang dikongsikan oleh Maria Shaaya.

Jom baca perkongsian beliau.

ASSALAMUALAIKUM, Mar nak share petua orang tua-tua dulu-dulu. Mengenai penyakit lelah, semput atau asma. Mar pun bru lepas kebah dari asma. Selepas dah hampir 15 tahun tak kena asma. Sekarang dah kene balik. Jadi Mar kena back to petua tok neneklah ye.

BAHAN-BAHAN

  • Bawang kecil – 1 biji
  • Asam jawa (buang biji) – 1 cubit
  • Garam – secubit

CARA-CARA

  • Kupas bawang dan basuh bersih.
  • Kemudian calit bawang tadi dengan secubit asam jawa.
  • Kemudian cicah dalam garam.
  • Kemudian pecahkan bawang dalam mulut dan kunyah perlahan-lahan.
  • Rasa dia not bad lah sebab ada asam jawa dan garam.

KENAPA BAWANG ELOK UNTUK ASMA?

Sebab gas/getah yang ada pada bawang tu. Bila kita kunyah dan telan. Boleh melancarkan saluran paru-paru. Bagi terbuka dan memudahkan pernafasan.

Dan asam jawa juga adalah amalam tradisi juga untuk Asma. Kalau ikut orang tua-tua, 3 genggam asam jawa di rebus dan diembunkan semalaman. Kemudian ditapis dan diminum keesokannya.

Ok, ni serba sikit ilmu yang dapat mar kongsi. semoga bermanfaat ye.

NOTA TAMBAHAN

Makan masa kena serangan asma sahaja. Bila dada dah terbuka (salur pernafasan). Kira dah boleh bernafas tu dah boleh stop. Kalau kena lagi, makan lagi.  Rawatan kaedah ini sesuai bila kecemasan.

Sumber: Maria Shaaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*