Masa Isteri Tengah Pantang, Suami WAJIB Buat 9 Perkara Ini Tanpa Disuruh

Semasa isteri sedang berpantang, dia tak boleh buat semua benda sendiri dan tak mampu bergerak lasak-lasak. Jadi inilah masanya untuk suami galas tugas seorang isteri, bantu apa yang patut agar isteri kembali sihat seperti biasa.

Nampak je mudah tapi kalau buat penat juga. Nak-nak kalau anak dah dua tiga orang, tak cukup tangan dibuatnya. Jadi, untuk kaum lelaki ini perkara yang anda perlu buat ketika isteri sedang berpantang.

1. Bangun Lebih Awal Dari Isteri

Walapun tak biasa, suami kena cuba juga. Kalau susah nak bangun awal, kunci jam banyak-banyak. Suami kena bangun lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang.

Kena sediakan air mandian untuk isteri. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian isteri. Seminggu pertama digalakkan mandi air rebusan herba untuk kembalikan kesegaran badan.

Kalau susah nak jumpa daun-daun herba untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).

2. Sediakan Sarapan Untuk Isteri

Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri. Lepas solat jangan pula suami pergi sambung tidur.

Kalau tak dapat sediakan sarapan yang berat-berat, memadai segelas milo dan roti bakar. Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

3. Mandikan Bayi, Ini Paling Seram

Nak atau tidak, suami kena belajar untuk mandikan anak sendiri walaupun kepala masih lembut. Kalau tak mahir, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian.

Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

4. Uruskan Anak-Anak Yang Lain

Kalau anak ramai, pastikan semua urusan anak-anak diuruskan dengan baik. Jangan nak harapkan isteri yang baru lepas bersalin untuk menjaga anak-anak yang lain.

Biarkan isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

5. Sediakan Keperluan Remeh

Kadang-kadang isteri ni nak minum air, jadi takkanlah setiap kali nak minum nak kena minta, sebaiknya suami sediakan botol air dan gelas berhampiran isteri. Mudah untuk dia minum nanti.

Sediakan juga bakul baju kotor, tuala, majalah atau buku untuk elakkan dia boring.

6. Sentiasa Ada Di Sisi Isteri

Ada isteri yang jenis berdikari. Semua kerja walaupun dalam pantang dia tetap boleh buat sendiri. Tapi jangan ambil kesempatan, paling tidak pun sentiasa berada di sisi isteri. Sekurang-kurangnya bila dia inginkan sesuatu, dia boleh minta tolong dengan suami.

7. Bersihkan Apa Yang Patut

Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu.

Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, jemur dan angkat pakaian boleh dilakukan anda.

8. Motivasi Tanpa Bayaran

Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan dia jadi lebih murung. Elok anda cuba maniskan wajah walau kadang tak mampu nak buat.

9. Ikhlaskan Hati, Jangan Ungkit

Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak-anak lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya. Isteri kan amanah untuk suami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*