Perlu Makan Guna Straw, Kanak-Kanak Dihempap Peti Ais Kini Tak Mampu Berdiri & Bertutur

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun parah selepas ditimpa peti ais di rumahnya di Taman Cempaka, Nilai pada 12 Julai lalu. Selepas 3 minggu menjalani rawatan, Muhammad Fawwaz dibenarkan pulang namun keadaannya kini tidak seperti dulu.

Kanak-kanak itu dilaporkan tidak mampu berdiri dan bertutur kesan daripada kecederaan di bahagian kepala.

Perlu makan guna straw

Mohd Bukhari percaya anaknya tidak dihempap peti ais itu sepenuhnya tetapi dipercayai pada bucunya peralatan elektrik berkenaan.

Doktor memaklumkan ia kesan kecederaan dialami di bahagian kepala. Doktor beritahu keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama. Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw.

Dia turut memaklumkan anaknya dibenarkan keluar wad selepas tiga minggu dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Cuba ikhtiar

Tambahan, Muhammad Fawwaz sudah menjalani pembedahan sebelum ini dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HTJS selepas ini. Selain rawatan susulan, saya akan cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam sebagai ikhtiar memulihkan anak saya itu. Menurutnya, keadaannya tidak seperti dulu apabila tidak boleh berdiri dan bertutur walaupun anaknya dibenarkan keluar wad.

#FOKUSKEBAJIKAN

Assalalamualaikum..Saya Mohd Bukhari Bin Zainal ayah kepada Muhammad Fawwaz Adli..Pada 12 July yg lepas anak saya telah di timpa peti ais ketika sedang bermain di rumah. Keadaan dia masa tu agak parah dan pihak hospital terpaksa membuat pembedahan untuk menebuk tempurung kepala bagi membuang air dalam kepala..selepas 4 hari pembedahan anak kami ditimpa demam sawan sehingga menyebabkan dia tidak lg mampu bangun, bertutur dan makan.

Tanggal 1 ogos lalu anak kami sudah dibenarkan keluar dari wad namun keadaannya masih lemah dan belum bule bergerak. Doktor cakap fawwaz perlukan rawatan susulan dalam tempoh yang agak lama untuk pulih seperti kanak-kanak normal.Dikesempatan ini saya ingin memohon sedikit sumbangan kewangan dr pihak Tuan puan untuk rawatan susulan anak syurga kami..

Sekarang saya hanya peniaga air balang secara kecil-kecilan di Nilai.Dalam keadaan sekarang saya tidak dapat berniaga kerana kekerapan anak mendapat rawatan susulan..No akaun Maybank 162433003268 atas nama Muhammad Bukhari Saya harap pihak tuanpuan dapat membantu saya.Semoga Allah memberi kesembuhan kepada Muhammad Fawwaz..Aminn..

Muhammad Bukhari Bin Zainal Anuar
(013-5027393)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*