Cara Mudah Masak Pulut Tanpa Periuk Kukus, Pakai Rice Cooker Je

Ingatkan susah nak buat pulut ni, sebab selalu tengok orang buat pulut pakai periuk kukus tu. Tapi Roza Zukri ni dia pakai rice cooker je. Cantik pula tu pulut dia. Jom kita serbu resipi dia.

NAK tau tak cara mudah masak nasi pulut tanpa perlu ukur air? Pulut lembut, tak lembik dan tak mentah. Ni cara akak masak. Memang mudah dan cepat.

Cara Penyediaan

1. Basuh pulut macam biasa. Kemudian letak je air banyak mana pun. Tak payah sukat airnya. Lepas tu letak je atas dapur gas. Ingat dapur gas ye. Bukan rice cooker. Pulut tu tak perlu nak rendam dulu.

2. Masak sampai air mendidih. Jangan biar mendidih lama-lama. Nanti pulut lembik.

3. Lepas mendidih tutup api. Angkat periuk. Buang air didihan tu.

4. Air didihan dah buang.

5. Kemudian masak pula dalam rice cooker. Jangan lupa tekan butang ‘cook’. Nanti tak masak pula pulut korang. Tak perlu tambah air dah. Nanti lembik jadi macam bubur pulut tu.

6. Dalam 10 minit macam tu dah masak. Elokkan? Tak keras, tak mentah, tak lembik, lembut elok je.

Nota Tambahan

Kalau nak letak santan. Mula-mula masak santan tu dengan garam sikit. Jangan masak santan sampai berketul-ketul atau keluar minyak. Kemudian terus gaul dengan pulut yang dah masak dan dibuang air didihan tadi. Pastu masukkan dalam rice cooker dan masak macam biasa.

Selamat mencuba.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*