Antara Kesilapan Besar Wanita Lakukan Selepas Putus Cinta

Berhadapan dengan pengalaman putus cinta bukanlah satu perkara yang kecil, ianya berkaitan dengan hati dan perasaan. Ramai yang gagal mengawal perasaan sedih, lalu terjadilah bermacam-macam kes.

Jika anda mengalaminya, jangan sesekali terasa ‘down’ dan cuba mengawal diri anda dari melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan mudarat kepada anda. Terutamanya mereka kaum wanita, hati mereka terlalu lembut dan terlalu mudah merasa murung bila mengalami putus cinta.

Terdapat pelbagai alasan mengapa sebuah hubungan itu berakhir. Ada yang berpisah disebabkan kemunculan orang ketiga, tiada persefahaman dan juga sudah muak atau tidak tahan dengan perlakuan si dia yang telah lama dipendam.

Bagi sesetengah orang yang mampu mengawal amarah dan mampu redha dengan ketentuan Illahi, sudah pasti mampu tersenyum kembali dan ‘move on’ seperti biasa. Kekentalan hati sangat perlu bagi mereka yang baru putus cinta. Hati mana mahukan perpisahan, namun percayalah bahawa janji Allah s.w.t itu pasti. Sesungguhnya Dia memisahkan anda dengannya bermakna ada insan yang lebih baik bakal menyusul.

Jangan lakukan beberapa hal ini jika anda sedang putus cinta ya!

1. Mengadu domba di laman media sosial

Baru sahaja break up tidak sampai sejam terus dikongsikan di laman media sosial. Segala cerita bersifat peribadi juga dikongsi bersama ratusan rakan-rakan di laman media sosial. Ketahuilah perbuatan ini hanya memalukan dirimu sendiri. Jangan mengharapkan orang menaburkan kata simpati kerana perbuatan ini dianggap gila perhatian. Malah, kamu juga mungkin akan diterrtawakan kerana membawa hal peribadi ke tempat tidak sesuai!

2. Mengata dan mengutuk bekas kekasih

Bila bersama apa sahaja yang dilakukan oleh si dia buat kamu manis belaka. Nah, bila sudah putus segala perihal buruk di mata kamu dikongsikan kepada umum. This is a big NO, guys! Tak kiralah sama ada kamu mengata bekas kekasih secara langsung atau di laman media sosial sekaipun, perbuatan ini hanya memburukkan imej kamu. Malah, mungkin ada yang beranggapan kamu ini tidak boleh move on. Just get over with it, be positive dan terus melangkah ke depan. You’re better than that sister!

3. Menyendiri dan berkurung terlalu lama

Semua orang akan ambil masa berbeza untuk menyembuhkan luka akibat perpisahan. Itu semua orang akan faham. Malah, rakan-rakan kamu juga akan berikan ruang untuk kamu melupakan apa yang terjadi. Tapi ingatlah jangan disebabkan seorang lelaki kamu menjadi murung terlalu lama. Ini kerana ia boleh menjejaskan hubungan kamu dengan orang lain juga. Tidak perlu untuk meratap sedih sepanjang masa. Yang lepas biarkan berlalu, mungkin ada lelaki yang lebih baik daripada dia untukmu di luar sana! Bak kata Elsa, let it gooo, let it gooo!

4. Pantas cari pengganti yang bersifat rebound

Kata orang putih, bila putus cinta maka kamu laju saja cari pengganti yang akhirnya bersifat sebagai ‘rebound’ sahaja. Elakkan daripada menjadi begini. Tidak salah untuk cepat jatuh cinta dan move on dengan segera selepas putus cinta. Tetapi janganlah kamu lakukan itu semata-mata untuk lupakan kekasih lama. Ini bukan sahaja tidak adil buat jejaka baru dalam hidupmu tetapi ia buat kamu menjadi seorang gadis tidak jujur dengan diri sendiri.

5. Sering stalk laman media sosial bekas kekasih

Ini juga antara perkara yang perlu kamu jauhi. Selepas berpisah, ambil esdikit masa untuk kamu lupakan dia dan terus move on. Jika dalam sehari empat, lima kamu stalk Instagram dia sampai bila boleh move on? Jangan jadikan bekas kekasih kamu sebagai titik fokus hidup kamu. Adakah berbaloi untuk kamu menyeksa diri demi seorang lelaki yang sudah berpisah dengan kamu.

Teruskan kehidupan anda dengan baik walaupun setelah berpisah, jangan terlalu melayan perasaan kecewa, takut nanti badan binasa. Sekian petikan dari remaja.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*