Guna Rice Porridge Cup Masak Bubur & Nasi Biasa Secara ‘2 In 1’, Mudahnya

Memasak bubur nasi untuk bayi atau anak-anak yang masih kecil ternyata memerlukan kesabaran yang tinggi. Bukannya apa, memasak bubur memerlukan masa yang lama untuk siap masak dan tidak praktikal. Namun, anda jangan risau kerana terdapat satu produk yang anda boleh gunakan untuk masak bubur nasi dengan lebih mudah dan cepat dalam satu masa.

Apa yang menariknya, produk yang datang dari negara Jepun dan dijual di kedai serbaneka Jepun popular iaitu Daiso ini akan memudahkan anda untuk masak bubur nasi bersama nasi biasa! Macam mana caranya? Jom kita cuba kaedah yang dikongsikan ini.

DAISO RICE PORRIDGE CUP

Bekas masak bubur baby dalam rice cooker sambil masak nasi.

  • Sesuai untuk baby yang makan beras lain dari parent. Contoh baby saya makan beras wangi untuk selera makan, mak pak makan beras biasa. Masak sama-sama sekali harung. Tapi tak bercampur.
  • Sesuai untuk masak sikit-sikit, sebab masak atas api tak sesuai kalau kuantiti sikit sangat.
  • Boleh stim sayur untuk baby dalam masa yang sama. Jimat masa sangat.
  • Ada grater surface (permukaan kasar) untuk lenyekkan sayur dan nasi pada penutup, senduk dan dalam cup juga.
  • Sesuai untuk baby yang dah makan texture kasar / nasi lenyek / nasi lembik. Kalau nak texture bubur halus kena blend la.

CARA PENGGUNAANNYA

  1. Basuh beras untuk family makan, isi air pun macam biasa.
  2. Beras baby isi dalam cup ikut panduan sukatan. Saya letak 1 senduk. Air ikut panduan tanda aras pada cup tu.
  3. Letak cup tu tengah-tengah beras family yang belum masak tu. Lepas tu masak macam biasa dalam rice cooker.
  4. Lepas rice cooker dah tukar keep warm. Tunggu jap dalam 5 minit.

PENTING: Hasil dia tak terus jadi bubur tau. Dia jadi nasi lembik + air. Saya tos buang sikit air kalau rasa banyak (boleh guna penutup kuning tu) Lepas tu mash kan nasi dalam cup tu dengan senduk dia. Kalau ada sayur stim tadi tambah la lenyekkan sekali. Jadila bubur baby. Nasi untuk mak pak pun dah siap masak sekali.

Saya beli semalam dan dah cuba. So pendapat saya benda ni bagus. Nak bawak travel/balik kampung pun sesuai. Tumpang masak bubur baby masa nak masak nasi. Lepas siap jadi bubur boleh tutup rapat dengan penutup kuning tu. So boleh simpan ke apa. Tapi tak ‘leak proof’ la.

Konsep dia sama macam ambil nasi tambah air panas sikit lenyek2 sampai jadi bubur. Ni just untuk mudahkan la sebab senduk + cup + penutup tu sgt serbaguna dengan fungsi melenyek sekali. Product pun dari material tahan panas, dan boleh digunakan dalam microwave juga.

Saya beli kat DAISO, RM5.90. Harap perkongsian ni boleh beri manfaat pada sesiapa yang mungkin memerlukan.

Sumber: Shafi Sith

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*