Petai Bersifat Anti Diabetis Dan Anti Kolestrol, Tapi…

Petai sama ada ia dimakan mentah, segar sebagai ulam atau dibuat masakan seperti sambal dan sayuran, ia tetap akan menaikkan selera kepada peminat petai. .
 
Bagaimana pun kekangan makan petai adalah apabila kita bertugas dan berhadapan dengan orang awam dimana kita agak malu kerana mulut dan nafas berbau petai. Walaupun akibat atau aspek kekurangan makan petai adalah kerana ‘baunya’ yang begitu kuat, tetapi kita tahu yang ulam petai memang diketahui secara ilmiah sebagai makanan yang berkhasiat dan baik untuk dimakan.
 
 
Petai menurut kajian makmal mengandungi zat asid amino dan karbohiderat kompleks yang juga akan menyebabkan kencing berbau busuk jika kita makan petai dengan kuantiti sedikit apa lagi kalau dengan kuantiti banyak.
 
Kajian yang dibuat dimakmal secara saintifik mendapati, petai mengandungi 0.8183 % Lemak, 5.2% Protin, 2.06% Karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 Vitamin C, 25.38% Air, 0.95% Abu, 22.30 Serat Kasar, 0.916 Gula, 1.35 ppm Kalsium, 842.45 ppm Kalium, 7.8 ppm Magnesium dan lain-lain jenis asid lagi. Ada juga orang yang suka makan daun petai muda sebagai ulam dimana ianya juga mempunyai bau seperti buah petai juga.  
 
Kulit petai dipercayai mengandungi penawar seperti kes kemungkian kita sakit perut kerana makan terlalu banyak petai yang boleh menyebabkan kita tidak tahan untuk buang air besar. Kulit petai dipercayai mengurangkan risiko berak cair kerana makan petai yang terlalu banyak.

Dr Suri Roowi, merupakan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan, Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Pemakanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan makan kesihatan telah berkongsi mengenai kebaikan yang terkandung di dalam petai. Petai atau nama saintifiknya, Parkia Speciosa, adalah tumbuhan jenis saka yang dahulunya tumbuh meliar di dalam hutan, kini ia turut ditanam secara komersial.

Petai merupakan makanan bersifat anti diabetis (anti kencing manis) kerana terdapat bahan faitosterol di dalamnya. Kulit petai dipercayai mempunyai kandungan faitosterol yang lebih tinggi berbanding bijinya.

Bau petai sememangnya busuk. Bagaimanpun bau tersebut dapat dikurangkan dengan meminum susu selepas menikmati hidangan yang berasaskan petai.

Menurut sumber, protein di dalam susu akan mengikat polisulfide (bahan berbau) yang ada pada petai dan dibawa keluar bersama najis. Selain itu, petai turut mempunyai asid djenkolic seperti jering dan tidak digalakkan untuk diambil dalam kuantiti yang banyak.

Asid djenkolic bersifat toksik kepada buah pinggang manusia dan boleh menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang. Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan asid djenkolic adalah dengan merebus petai terlebih dahulu sebelum dimakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*