Sebelum Buat Keputusan, Suami Bincanglah Dengan Isteri Dulu Bukan Mak!

“Salam mak, isteri Adib nak hantar anak rumah pengasuh. Macam mana ni mak? Boleh ke mak? Tak jadi apa-apa ke nanti?”

“Hello mak! Hari ni masak apa… kejap lagi Along nak datang rumah mak. Along pergi sorang saja. Tak apa, anak-anak dan maknya dah makan kat rumah. Along rindulah masakan mak…”

Alahai! Pening… stress.. tak tau nak luah kat siapa, bila suami kita jenis anak manja mak. Setiap keputusan semua nak dikongsi dengan mak. Habis tu, kita ni sebagai isteri, tunggul kayukah?

Pernah anda alami keadaan seperti ini? Dalam ratus-ratus ribu pembaca ni, mesti ada yang pernah jadi semacam ini. Baca info yang dikongsikan oleh Dr Ben Fadhil Mohd Salleh ini.

Senario Bercinta

Bila kenal lelaki yang rapat dengan mak, dalam proses nak mengenali hati budi pasangan, anda akan nampak pasangan seorang yang:

  • Ambil berat tentang maknya.
  • Bagus! Sebab dia seorang yang bertanggungjawab

Realiti Bila Dah Kahwin

Barulah tahu sikap sebenar suami yang terlalu manja dengan mak sampai balik kerja pun nak duduk bawah ketiak mak. Ini solusi perdamaian untuk kedua-dua belah pihak.

Suami anak manja mak pun kena baca, isteri yang sabar pun kena fahami. Jadi, bila dua-dua dah faham situasi masing-masing, konflik takkan timbul. Tak perlulah nak sentap-sentap sangat dengan mentua tu.

Wahai Suami, Ini Cara Yang Sepatutnya:

  • Kalau nak buat sebarang keputusan, bincanglah dengan isteri dan bukannya mak.
  • Berenggang dengan mak tidak bermakna anda berpisah dengannya. Ini kerana anda sudah ada keluarga sendiri. Jagalah perasaan isteri.
  • Setiap keputusan, berbincanglah dengan isteri bukan dengan mak.
  • Jangan kecilkan hati mak tapi katakan itu keputusan keluarga bukannya keputusan anda sendiri.
  • Jangan sesekali libatkan mak dalam sebarang perancangan. Cuma sekadar memberitahu saja. Sekurang-kurangnya mak tak rasa terpencil.

Isteri Cuba Fahami Suami:

  • Kena banyak bersabar dan berbincang. Kadang-kadang ada rasa sakit hati tetapi ingatkan suami supaya buat keputusan demi keluarga.
  • Jika boleh, jadilah rakan baik mak mentua dan berkongsi perasaannya terhadap suami. Nasihat yang akan diberi kepada isteri adalah nasihat yang sama yang akan di beri pada suami.
  • Guna perantaraan dengan suami dan mentua tetapi tidaklah memisahkan perasaan suami anda dengan maknya.

Sumber: Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*