Tahu Tak Tabung Haji Dah Mansuhkan Penggunaan Buku. Ini 5 Perkara Kena ‘Take Note”

Buat makluman semua, mulai 23 Jun 2019, Tabung Haji telah memansuhkan penggunaan buku akaun bagi transaksi di kaunter. Jadi, jom ketahui beberapa perkara yang kita perlu alert bila nak berurusan di kaunter TH nanti.

1. PENGGUNAAN BUKU DIGANTIKAN DENGAN KAD PENGENALAN

TH melaksanakan inisiatif ini bagi memudahkan pendeposit untuk membuat transaksi TH dengan hanya mengemukakan kad pengenalan sahaja. Dengan cara ini, pendeposit tak perlu risau akan penjagaan / kehilangan / kerosakan / terlupa membawa buku akaun bagi urusan di kaunter.

2. HABIS TU MACAM MANA NAK SIMPAN DUIT ATAU BUAT PENGELUARAN KALAU TAK GUNA BUKU AKAUN SIMPANAN?

Prosedur semasa bagi transaksi simpanan dan pengeluaran tidak perlu mengemukakan Buku Akaun Simpanan. Oleh itu, dengan pemansuhan Buku Akaun Simpanan ini, pendeposit hanya perlu mengemukakan kad pengenalan sahaja semasa melakukan transaksi.

3. BAGAIMANA DENGAN URUSAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN BAGI ANAK-ANAK PULA?

Prosedur semasa hanya membenarkan penjaga kepada akaun TH anak untuk melaksanakan transaksi tanpa perlu mengemukakan Buku Akaun Simpanan.

Oleh itu, dengan pemansuhan Buku Akaun Simpanan ini, penjaga hanya perlu mengemukakan kad pengenalan penjaga sahaja semasa melaksanakan transaksi.

4. CARA SEMAKAN BAKI

Kalau nak tahu baki semasa dan transaksi terdahulu di kaunter TH, kita boleh check melalui 2 pilihan ini:

  • Pilihan 1: Penyata Mini yang memaparkan 5 transaksi terakhir.
  • Pilihan 2: Penyata Akaun yang memaparkan maklumat transaksi secara terperinci.

Pendeposit boleh memohon:

i) Penyata Mini di:

  • Mana-mana cawangan TH.
  • Cawangan Bank Islam.
  • Cawangan Bank Rakyat (pelaksanaan pada bulan Ogos 2019).

ii) Penyata Akaun di mana-mana cawangan TH.

Bagi pendeposit yang dah link kad ATM (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB), baki akaun TH boleh disemak melalui:

  • ATM/CDM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank atau CIMB.
  • Perbankan Internet Bank Islam, Bank Rakyat atau Maybank

Cara pengaktifan akaun TH dengan kad ATM ni boleh dirujuk pada info yang dikongsikan oleh saudari Nor Izzati Harun di bawah ini.

Foto Kredit : Nor Izzati Harun

5. APA YANG PERLU DILAKUKAN DENGAN BUKU AKAUN SIMPANAN SEDIA ADA?

Pendeposit boleh menyimpan Buku Akaun Simpanan tersebut tetapi buku berkenaan tidak perlu dibawa untuk melaksanakan sebarang transaksi.

INGAT, HANYA GUNA IC LEPAS NI!

OK dah faham kan? Nampaknya semua dah buat online. TH dah jadi lebih kurang macam ASB lah juga kan, cuma perlu guna IC bila nak berurusan di kaunter nanti. Semoga info ini berrmanfaat buat pendeposit TH ya. Tak adalah terkejut bila nak berurusan nanti kan!

*Maklumat lanjut: Laman Web Rasmi Lembaga Tabung Haji 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*