Amalan Faizal Hussein Untuk Sentiasa Kelihatan Sihat & Awet Muda

DI usia 51 tahun, Faizal Hussein masih segak, awet muda, sihat dan masih cergas melakonkan semua aksi lasak sendiri baik dalam drama mahupun filem. Apa rahsianya?

“Sepanjang hidup, setiap kali makan, saya tak pernah tambah nasi. Apa yang ada dalam pinggan, saya habiskan, tidak sesekali menambah nasi.

“Tengoklah, kalau perut betul-betul lapar, letakkanlah banyak nasi. Saya cedok nasi sekali saja. Walaupun lauk sedap macam mana pun saya takkan sesekali tambah nasi.

“Juga banyak minum air suam berbanding minuman berais,” jelas Faizal Hussein, pelakon filem Tombiruo dan tentunya watak legenda Azroy dari Gila-gila Remaja.

Tiada sebarang pantang larang terhadap apa jua jenis makanan, pemegang watak peguam filem kontroversi Dukun ini juga tidak terlalu memaksa diri ‘bermain besi’ di gimnasium seperti kebanyakan lelaki lain lakukan.

“Kantung perut saya masih kecil lagi. Sampai sekarang berat badan masih maintain macam usia remaja dulu. “Dari segi fizikal untuk kestabilan stamina sebelum setiap kali masuk set baharu, saya hanya akan mengangkat besi sedikit sahaja.

“Itupun kalau ada karakter yang berat, memerlukan saya menggunakan banyak tenaga fizikal seperti melakukan lagak ngeri sendiri, contohnya macam watak saya dalam filem Kalla The Movie.

“Saya hanya akan keluar berjoging andai ada watak berat drama atau filem aksi. Tapi tak adalah setiap hari nak main besi di gim,” ujar sepupu pelakon dan penerbit Suhan Movies, Datuk Rosyam Nor. Oh,padanlah fizikal Faizal Hussein masih mantain meskipun dah mencecah usia warga emas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*