“Beli Rumah Masa Muda Tak Gah!”. Lelaki Kongsi Perkara Tersembunyi Yang Ramai Tak Sedar

Memiliki sebuah rumah pada usia muda boleh menjadi satu pengalaman yang amat mengujakan bagi kebanyakan orang. Dengan situasi ekonomi dan kewangan negara yang kian tidak stabil, sesetengah orang menganggap membeli rumah adalah perkara yang agak mustahil untuk dicapai pada masa kini.

Harga rumah yang semakin melambung tinggi juga menjadi salah satu faktor mengapa rumah sukar dimiliki, lebih-lebih lagi pada usia muda. Sebab itulah sesetengah orang berpendapat membeli rumah pada usia muda itu adalah satu pencapaian besar!

Mana tidaknya, secara automatik anda telah dikira mempunyai aset dan rumah merupakan aset terpenting yang setiap orang perlu ada dalam hidup. 
Jika ditanya pada diri sendiri, pastinya setiap orang mahu memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebelum mencecah usia 30 tahun. Nampak gah, bukan?

Pernah dengar ada orang sengsara tak cukup duit setiap bulan semata-mata nak ‘maintain‘ rumah yang dibelinya? Memiliki aset pada usia muda memang nampak indah, tapi realiti sebenarnya berbeza.

Seorang lelaki, Iffat Salleh yang sudah memiliki dua buah rumah menyarankan agar golongan muda bekerja tidak mudah tertipu dengan pendapat popular ini. Perkongsian Iffat menerusi Twitter itu telah mendapat 7.4k retweets dan 8.1k likes ketika artikel ini ditulis.

Menurut Iffat, ada terlalu banyak perkara yang perlu dititikberatkan secara terperinci sebelum membuat keputusan membeli rumah. Baca bebenang penuh di bawah:

Faktor pekerjaan tidak tetap dan kredibiliti pemaju pun penting untuk diambil kira

“Ingat mudah ke buat sewa rumah?”

Akhir sekali, Iffat berkata tiada salahnya membeli rumah pada usia muda. Namun golongan muda perlu lebih peka tentang sisi keburukan yang tidak ramai ceritakan kepada umum.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*