Rambut Lambat Panjang? Jom Cuba Petua Ini

Wanita sememangnya sangat dikenali dengan personaliti yang mearik dan menawan dengan berambut panjang.Ada yang nampak comel apabila berambut pendek, namun selalunya apabila berfikir tentang wanita sudah pasti kita membayangkan mereka nampak jelita dengan rambut panjang.

Ada diantara mereka yang suka mencuba gaya baru dengan memotong rambut gaya pendek, namun akan menyesal dikemudian hari kerana rindu dengan rambunya yang panjang. Wanita sememangnya pelik dan sukar dijangkakan Apa yang mereka mahu.

Jika anda perasan, semua wanita nampak cantik berambut panjang. Bukan semua bentuk muka bersesuaian dengan imej rambut pendek. Jadi sebaiknya kekalkan imej berambut panjang bagi mengelak anda menyesal selepas memotongnya.

Ada diantara kita mengalami msalah rambut lambat panjang, ada yang makan masa sampai bertahun-tahun untuk memiliki rambut panjang dan sihat.

Hendak tunggu rambut panjang mengambil masa yang lama. Lalu paling mudah adalah dengan menggunakan kaedah pemanjangan rambut  (hair extensions). Tetapi ramai wanita yang tidak tahu kesan pemasangan kaedah ini yang boleh menyebabkan rambut mereka rosak dan mereput.

Oleh itu, apakah cara paling berkesan untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut secara semula jadi tanpa kesan sampingan. Kembalikan pesona anda dengan mencuba petua yang dikongsikan oleh Prachi, seorang vlogger terkenal dari Super Wow Style..

Menurut Prachi, campuran beberapa ramuan semula jadi boleh membuat rambut anda lebih panjang 30 hingga 40 peratus daripada sebelumnya.

Prachi juga menyarankan mereka yang mengamalkan petua yang dikongsikannya mengambil gambar sebelum dan selepas untuk melihat keberkesanannya!

Apa yang anda perlukan untuk buat ramuan khas ini adalah minyak kelapa, minyak kastor, vitamin E, daun lidah buaya dan dua mangkuk (satu kecil dan besar).

  1. Mula-mula, potong daun lidah buaya dan keluarkan gelnya. Kemudian, sapukan daun itu di kulit kepala.
  2. Urut kulit kepala perlahan-lahan dan sama rata.
  3. Selepas itu, ambil mangkuk kecil dan masukkan ramuan minyak tadi. Letak 1 sudu kecil minyak kastor dan 2 sudu kecil minyak kelapa.
  4. Picit Vitamin E yang boleh diambil daripada serum rambut dan masukkan ke dalam mangkuk.
  5. Ambil mangkuk besar dan masukkan air panas. Letakkan mangkuk kecil berisi minyak itu di atas mangkuk besar. Jangan letak ia atas api, kerana minyak itu boleh terbakar.
  6. Selepas 5 minit, pakai campuran 3 minyak itu ke kepala. Urut kulit kepala anda selama 2 hingga 3 minit. Ia penting untuk pengaliran darah bagi mempercepatkan rambut untuk tumbuh.
  7. Selepas selesai, ikat rambut tersebut dalam kain tuala dan tidur. 

Basuh rambut anda keesokan paginya. Rambut akan mula nampak perubahan dalam masa 2-3 hari. Cubalah!

Apa yang mengejutkan, selepas berkongsi petua ini di halaman Youtube miliknya, ramai penonton telah mencubanya dan rata-ratanya bersetuju ianya berkesan. Sekian petikan dari Youtube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*