Ibu Ini Ajar Anak Surah Al-Ikhlas Ikut Potongan Ayat, Mula Seawal 6 Tahun Pertama Untuk Kesan Luar Biasa

Anak-anak ini perlu dibentuk dari rebung lagi. Seawal usia 6 tahun pertama, mereka dah perlu didedahkan dengan ayat-ayat Allah. Ibu ini, Nurkhomsiah Bakrim berkongsi cara didik anak-anaknya hafal surah Al-Ikhlas dengan kaedah potongan ayat.

Jangan LAMBAT perkenalkan Allah dalam kehidupan awal seorang anak.”

Jangan BIARKAN orang lain mengambil alih amanah ini.”

Kata-kata ini selalu buat saya tersentap. Kadang-kadang terasa anak masih kecil. Kadang-kadang terasa ustaz/ustazah di sekolah lebih layak.

Hakikatnya.. 
IBU BAPA ialah individu yang paling layak memperkenalkan Allah kepada anaknya sendiri. 
6 TAHUN PERTAMA ialah masa terbaik untuk mind programming seorang anak.

Atas dasar inilah Nurkhomsiah perkenalkan Quranic Playtime pada anak-anak kecilnya. Untuk aktiviti ini, beliau memilih surah Al-Ikhlas.

Walaupun ini bukan kali pertama buat aktiviti berdasarkan surah ini, revision and repetition adalah satu keperluan buat semua insan biasa yang sifatnya selalu terlupa dan berdosa.”

Ibu Bahagikan Pelajaran Surah Al-Ikhlas Kepada 2 Aktiviti

Aktiviti 1 : Bacaan Al Quran Dan Kaedah Penceritaan Al Quran

Mak-mak boleh terangkan kisah sebegini pada anak-anak:

Pada suatu hari, sekumpulan orang Yahudi datang kepada Nabi Muhammad S.A.W. Antara rombongan tersebut ialah Ka’ab bin Asyraf dan Huyay bin al-Khattab.

Salah seorang daripada mereka bertanya, “Wahai Muhammad, gambarkanlah kepada kami bagaimanakah ciri-ciri Tuhan yang kamu sembah?

Kemudian, Allah S.W.T menjawab persoalan mereka dengan memerintahkan Malaikat Jibril menurunkan surah al-Ikhlas sebanyak 4 ayat. Mak-mak jangan lupa untuk mantapkan dan perbaharui iman anak dengan checklist soalan-soalan berkaitan:

  • Siapa Tuhan kakak dan adik?
  • Siapa cipta kakak dan adik?
  • Berapa Tuhan kakak dan adik?
  • Siapa bagi kakak dan adik makanan?
  • Siapa bagi kakak dan adik sihat?

Aktiviti 2 : Susunan Ayat Ayat Surah Al-Ikhlas

Objektif akativiti ini adalah untuk melakukan:

  • Pengulangan bacaan ayat demi ayat dan maksudnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Memperkenalkan dan menyusun Al-Quran per kata untuk menghasilkan satu surah lengkap.
  • Menghias surah yang sudah lengkap untuk merangsang kreativiti dan mewujudkan perasaan lebih menghargai ayat-ayat Allah. (Hasil kerja mereka di laminate dan disimpan di dalam sebuah fail khas)

Refleksi Di Sebalik Aktiviti Surah Al-Ikhlas

Mak-mak boleh lihat kembali di sebalik aktiviti yang diperkenalkan pada anak-anak ini, mereka akan mendapat hasil luar biasa yang berikut:

Surah al-Ikhlas sangat pendek tetapi mengandungi makna setanding dengan sepertiga al-Quran. Jika kita mahu berkenalan dengan Allah dan memperkenalkan Allah kepada anak-anak, fahamilah surah ini.

Semakin anak membesar, kita berusaha dan berdoa anak dapat keyakinan:

– Ibu bapa tidak sentiasa melihat mereka, tetapi Allah Maha Melihat.
– Sungguh Ibu bapa tidak mengetahui segala yang mereka sembunyikan, tetapi Allah Maha Mengetahui.
– Dan ibu bapa tidak mampu menolong mereka setiap masa, tetapi Allah Maha Menolong.

Anak perlu dididik Allah S.W.T tidak mempunyai ibu bapa dan anak seperti manusia. Allah tidak mempunyai keturunan serta tidak bertambah atau berkurang. Allah tidak berubah kerana zat-Nya Maha Sempurna. Dia wujud dan kekal abadi. Tiada sesuatu pun di dunia ini yang setara atau menyamai sifat dan zat Allah S.W.T.

Aktiviti menyusun per kata surah Al-Ikhlas membantu anak-anak belajar sambil bermain. Otak mereka sangat cepat pick up perkataan jawi yang banyak diulang-ulang dalam al Quran. Contohnya, “Allah”.. “Qul”.. “Lam”

So, don’t underestimate our children’s potential.

Kad Potongan Surah Yang Boleh Ibu Print Untuk Buat Aktiviti Surah Al Ikhlas

Sumber/Foto : Nurkhomsiah Bakrim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*