Buat Sendiri Kuah Rojak Buah Sedap, Tak Letak Petis Udang

Rojak buah yang sedap, kuahnya kena cukup pedas, pekat dan manis secukup rasa. Selalunya pes rojak yang dijual dipasaran ada campuran petis udang dimana sesetengah orang ada yang jenis tak makan petis udang ni.

Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri kuah rojak buah yang sedap, ikut cuba resipi yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika ini.

Berikut perkongsian resipi tersebut;

“Alhamdulillah.. berojak buah hari ni, permintaan kawan-kawan dia orang kata sedap tu yang suruh buat lagi. Tak tau la puji ikhlas ke tak. Tapi akak buat ikhlas penuh kasih sayang untuk gather dengan kawan-kawan sekolah”

Bahan-Bahan:

  • 1 botol sos cili
  • 1 botol kicap lemak manis
  • 350 gm gula
  • 3 keping nisan besar (Agak-agak je kalau guna gula melaka @ merah)
  • sedikit belacan
  • cili kering blend (Ikut suka)
  • Bijan (disangai-Suka hati nak letak ke tak)
  • Kacang tanah (kisar kasar nak makan baru letak)

Cara Membuat:

1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk periuk (kecuali bijan dengan kacang).

2. Boleh letak air dalam botol tu untuk habiskan sisa-sisa sos dan kicap.
3.Masak guna api sederhana saja, masak sampai pekat.
4.Dah pekat baru letak bijan tadi kacau tutup api.

5.Seimbangkan rasa.

Selamat Mencuba!

Mak-mak boleh cuba resipi kuah rojak buah ni. Lebih jimat dan pasti puas hati bila buat sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*