Selalu Kena ‘Kacau’ Dengan Nombor Misteri? Check Siapa Pemilik Nombor Tu Guna Cara Mudah Ni!

Pernah tak korang menerima telefon daripada nombor yang tak dikenali? Dan pasti ada antara korang ni jenis malas nak angkat kalau nombor tak kenal call. 

Apabila menerima panggilan yang tidak dikenali, terus terfikir panggilan tersebut adalah panggilan berkaitan pelbagai promosi insuran dan takaful. Memanglah ia baik untuk kita tapi kalau dah hampir setiap minggu ada sahaja panggilan berkaitan takaful, jadi annoying pulak.

Kalau korang ni seorang perempuan, kadang-kadang tu ada jugak panggilan telefon daripada nombor yang tak dikenali daripada lelaki yang ingin ‘mencuba nasib’ yang suka kacau-kacau.

Hmm tapi macam mana kalau panggilan tersebut merupakan panggilan kecemasan daripada seseorang yang korang kenali? So kali ni kitorang nak kongsikan cara untuk semak pemilik nombor telefon yang tidak dikenali. Korang boleh mengenal pasti pemilik nombor telefon tersebut dengan menggunakan Truecaller.

Apa tu Truecaller?

Truecaller adalah laman web (dan aplikasi android) yang boleh digunakan untuk mengesan nombor telefon yang tidak dikenali. Truecaller boleh digunakan secara percuma. Korang hanya perlu log masuk dengan menggunakan akaun Gmail korang je. Mudah kan? 

Cara-cara untuk menyemak

1. Pergi ke Truecaller. Korang boleh klik kat link Truecaller ni.

2. Masukkan nombor hp yang korang nak semak, sebelum tu kena log in guna google ID, jadi masukkan log in ID dan password kalau belum auto save dalam fon atau pc.

3. Siap! Nanti dorang akan keluarkan nama pemilik nombor tersebut. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tidak semua nombor ada maklumat di Truecaller. Tapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu. 

Oh ya, jika korang periksa nombor telefon korang dan dapati maklumat yang dipaparkan kurang menyenangkan, korang boleh mohon kepada Truecaller untuk Unlist nombor telefon korang daripada sistem Truecaller. Korang hanya perlu isi borang ringkas di Truecaller Unlist sahaja.

So kini korang dah tak perlu terlalu risau sekiranya korang dihubungi oleh orang tidak dikenali. Semak dahulu nombor telefon tersebut. Sekiranya nama yang terpapar merupakan orang yang dikenali, korang boleh hubungi semula nombor telefon tersebut.

Namun perlu di ingat jika tidak kenal nombor tersebut, jangan panggil semula. Jika ianya panggilan yang penting, pastinya pemanggil tadi akan memanggil semula. Jika korang betul-betul mahu memanggil semula, cuba Google dahulu nombor tersebut. Mungkin ada orang lain yang berpengalaman dengan nombor itu, berkongsinya di dunia internet. Tapi jika korang jarang membuat panggilan ke luar negara, korang boleh meminta syarikat telekomunikasi untuk menghalang panggilan ke luar negara di talian korang.

Jangan biarkan diri korang mahupun keluarga dan rakan handai menjadi mangsa penipuan panggilan antarabangsa ini. Beringat sebelum kena, cegah sebelum parah.

Moga korang dapat sebarkan informasi berguna ni kepada rakan-rakan dan sedara mara yang lain! 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*