Jamal Abdillah Timang Anak Perempuan Dan Ini Nama Yang Diberi

“Boleh dikatakan, nama ini kuat ‘melekat’ di minda…” – Jamal Abdillah

“ALHAMDULILLAH, ia adalah anugerah terindah daripada Allah SWT kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga,” kata penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ketika berkongsi berita kelahiran anak perempuannya, Nur Azura Yamani yang selamat dilahirkan pada jam 5.35 petang tadi.

Menurut Jamal, 60, isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan anak perempuannya itu secara pembedahan di pusat perubatan swasta di Shah Alam.

“Isteri dimasukkan ke wad bersalin semalam dan pada jam 5.35 petang tadi, pembedahan selamat dijalankan.

“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai keadaan isterinya pula, kata Jamal, Zai Izzati akan ditah4n selama beberapa hari di wad sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Maklumlah, isteri melahirkan anak secara pembedahan dan doktor mahu memastikan keadaannya okey dulu sebelum pulang ke rumah.

“Isteri juga akan menjalani tempoh berpantang di kediaman kami di Shah Alam selepas keluar dari wad nanti,” katanya.

Jamal berkahwin dengan Zai Izzati yang juga perkahwinan kali keempatnya pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.

Sebelum ini Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan percer4ian.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Ini nama yang dipilih

Mendedahkan perkara itu, penyanyi yang berusia 60 tahun itu berkata, pemilihan Azura Yamani terlalu istimewa kerana nama itu mempunyai signfikan yang cukup besar dalam kerjaya seninya.

“Apabila orang nampak saya, mereka jerit nama Azura. Begitu juga kalau saya mengadakan persembahan, lagu Azura juga yang dipinta peminat, sedangkan saya mempunyai banyak lagi dendangan lain.

“Boleh dikatakan, nama ini kuat ‘melekat’ di minda, membuatkan saya mengabadikannya untuk bayi perempuan kami nanti,” katanya seperti dilaporkan portal Berita Harian.

Julai lalu, Jamal yang cukup masyhur dengan lagu Kekasih Awal dan Akhir mengumumkan bakal menerima kehadiran orang baharu apabila isterinya, Datin Zai Izatti Khiruddin, 25, hamil enam bulan.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan Zai Izatti pernah kegugvran sebanyak tiga kali.

Jamal juga menerusi perkahwinan sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 tahun.

Selepas kali terakhir menimang anak sekitar 13 tahun lalu, legenda seni tanah air itu berkata, beliau bersedia untuk menguruskan bayi kecil.

Portal berkenaan juga melaporkan, isteri Jamal dijangka melahirkan bayi mereka di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*