Kanak Kanak Hampir Trjun Bangunan Sebab Telefon Pintar, Ini Taktik Bijak Bomba Berjaya Pujuk

(video) Kanak-kanak mahu bnuh diri terjun bngunan sbb telefon pintar, ini taktik bijak abam bomba dan berjaya pujuk

Gara-gara telefon pintar, seorang kanak-kanak hampir terjun dari luar tingkap rumahnya di tingkat 19, sebuah apartmen di Larkin, Johor Bahru, petang semalam.

Difahamkan insiden mencemaskan itu berlaku apabila kanak-kanak tersebut berkelahi dengan ibunya kerana masalah berkaitan telefon bimbit.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berkenaan berlaku sekitar 4.01 petang selepas pasukan Bomba menerima panggilan kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Suhaimi Jamal berkata, seramai 19 anggota bersama dua jentera membantu menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang berada luar tingkap tanpa jeriji di belabas bangunan.

“ Pihak Bomba membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan ‘air cushion’ di tingkat bawah,” katanya.

Sementara itu, menerusi sebuah video dimuat naik di media sosial, seorang pegawai Bomba, Ismarulnizam Isnin cuba berbual dan memujuk mangsa masuk ke dalam.

” Abang dah marah ibu dik, tinggi ni dik. Jom abang belanja.

” Ibu marah adik sebab ibu sayang,” kata Bomba itu.

Menerusi ruang komen, rata-rata melahirkan rasa syukur apabila kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dengan memuji cara anggota bomba itu memujuk kanak-kanak tersebut.

Kata-kata abang bomba
Dalam pada itu pegawai bomba berkongsi pengalaman membantu menyelamatkan kanak-kanak perempuan, 10, daripada terjun dari tingkat 19 apartmen di Larkin, semalam.

“ Saya banyak kaji dan baca artikel psikologi kanak-kanak terutama cara memujuk mereka,” kata Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Ismarul Nizam Isnin, 30.

Dia menyifatkan tugas digalas itu detik paling mencabar sepanjang tiga tahun berkhidmat dengan jabatan berkenaan.

“ Kerap kali kes cubaan bnuh diri membabitkan orang dewasa tetapi ia kes pertama yang saya hadapi membabitkan kanak-kanak.

“ Jadi saya tukar kaedah yang digunakan bagi menangani kes seperti itu sebaliknya mengggunakan teknik percakapan lembut dan tabur janji manis,” katanya ketika berkongsi pengalaman itu.

Beliau berkata, tempoh 15 minit banyak membantu dirinya dan pasukannnya dalam menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.

“ Saya banyak tekankan elemen kasih sayang dan kekeluargaan.

“ Saya kongsi perasaan dengannya, tindakan ibu bapa marah kerana sayangkan anak-anaknya, bahkan mereka individu penting dalam kehidupan kita,” katanya.

Katanya, dia bersyukur kerjasama bersama anggota wanita yang turut sama dalam kes itu membantu tugasan diberikan.

“ Alhamdulillah ilmu psikologi kanak-kanak yang saya baca membantu dalam melaksanakan tugas itu.

“ Kanak-kanak itu pergi ke arah saya dan berpaut pada saya sebelum saya membantu menariknya masuk dari tingkap rumah tanpa paksaan serta rela hati,” katanya.

Berkongsi kejadian itu katanya, 19 anggota bersama dua jentera membantu menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang berada luar tingkap tanpa jeriji di belabas bangunan.

“ Sebaik menerima panggilan, respon segera diberikan dengan anggota dibahagikan kepada dua kumpulan.

“ Saya diletakkan pasukan pertama termasuk melakukan tinjauan membabitkan kawasan kejadian, manakala pasukan kedua bersedia dari segi penyediaan tali dan tilam udara,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama dia menawarkan diri untuk membantu memujuk kanak-kanak perempuan itu selepas usaha dilakukan dua anggota polis untuk memujuknya gagal.

Selain itu, dia meminta ibu bapa supaya memahami psikologi anak-anak supaya kejadian seperti itu tidak berulang.

Bahkan paling penting pemasangan jeriji besi pada tingkap di bangunan tinggi untuk keselamatan anak-anak.

Berkongsi kerjaya berkenaan katanya, dia tertarik dengan kerjaya bomba kerana banyak membantu masyarakat dalam pelbagai perkara.

Dia yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, kerjaya pilihannya itu juga mendapat ‘restu’ kedua ibu bapanya hingga mendorongnya memilih bidang itu meskipun menerima banyak tawaran termasuk Jabatan Penjara.

Harian Metro melaporkan tempoh 15 minit menjadi penyelamat15 minit menjadi penyelamat kepada kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun daripada terjun.

Difahamkan, kanak-kanak itu cuba terjun dari bangunan itu selepas berkelahi dengan ibunya kerana masalah berkaitan telefon bimbit.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinarharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*