Ada hamba Allah beri hadiah tudung, cuba pakaikan kat Ainul, dia selesa je.. – Ibu

“Walid versi perempuan. Nangis mama macam ni sebab Ainul Mardhiah ikut rupa walid 😭😭 Tapi tak apa lah janji comel dan manis di mata mama😍❤️..” – Ibu Ainul Mardhiah

Comelnya dia pakai tudung.. 😘

Walaupun telah menjalani pembedahan akibat ketumbuhan kanser Germ Cell Tumor pada Mei lalu, ramai ternanti-nanti perkembangan terbaru mengenai Ainul Mardhiah.

Setiap posting yang dikongsi oleh bapa, Ahmad Safiuddin dan ibunya Nurul Erwani Zaidi di laman media sosial pasti menjadi perhatian warga siber.

Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik beberapa keping gambar bayi berusia 14 bulan itu yang kelihatan comel memakai tudung berwarna ‘peach’.

“Ada hamba Allah SWT beri hadiah tudung kepada Ainul. Cuba pakaikan Ainul, terasa macam muka Walid (bapa) versi perempuan pulak,” katanya.

Bagi Nurul Erwani pula, dia teruja menerima bungkusan hadiah tersebut malah itu juga merupakan cubaan pertama kali memakaikan tudung untuk anaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Walid versi perempuan. Nangis mama macam ni sebab Ainul Mardhiah ikut rupa walid😭😭 Tapi tak apa lah janji comel dan manis di mata mama😍❤️. . Terima kasih @fieitacollectionkids beri tudung, headband cantik cantik pada Ainul. Waktu buka parcel tadi terkejut tengok ada tudung untuk Ainul. Terus excited nak pakaikan pada Ainul🥰First time try pakaikan tudung untuk Ainul. Ainul pun selesa je pakai😊. . Terima kasih @fieitacollectionkids @fieitacollectionkids

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

“Waktu buka parcel tadi terkejut tengok ada tudung untuk Ainul. Terus teruja nak pakaikan pada Ainul. Pertama kali cuba pakaikan tudung untuk Ainul. Ainul pun selesa je pakai,” katanya.

Semoga sentiasa sihat

Rata-rata netizen memuji kecomelan Ainul dan mengucapkan syukur setelah bayi berkenaan nampak semakin membesar dengan sihat.

Comelnya Ainul ni

Comelnya anak solehah ni..

Kredit: Ahmad Safiuddin , Nurul Erwani via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*