Jururawat Rakam Dan Dedah Siapa Pakcik Ini Hempas Hempas Rojak Depan Pelanggan

” Bila orang ikhlas buat kerja mmg taking times sikit. Dia nak seboleh boleh yang puaskan hati dia. Look how detailed he is. Accuracy no 1, jatuh sikit pun tak boleh” demikian komen seorang netizen berhubung satu video tular di Twitter.

Video tular itu memaparkan seorang lelaki sedang berniaga rojak buah di Pasar Malam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Apa yang menariknya, sikap pemurah peniaga itu yang ‘menghempas-hempas’ gelas rojak dan menekan hirisan buah sehingga padat menerima pujian netizen.

” Sesape penggemar tegar Rojak Buah tu boleh lah serbu gerai Pakcik ni. Serious tak kedekut, cup dah penuh pun siap hempas nak bg padat. Semoga Pakcik ni murah rezeki. Aamiin”

Demikian perkongsian seorang gadis tentang pengalaman beliau membeli rojak dari gerai pasar malam seorang lelaki di Indera Mahkota.

Bercerita kepada mStar, individu yang memuat naik rakaman itu mengakui bukan kali pertama berkunjung ke gerai berkenaan.

Kata Umi Ummairah Bustamam, 24, rojak buah lelaki itu disifatkan sebagai yang paling sedap pernah dinikmatinya.

” Sebelum ni pun saya pernah beli dengan pakcik tu, kira bukan kali pertamalah.

” Saya pun bukannya nak viral, tapi nak bagi orang kenal pakcik ni. Memang sedap, berbaloi beli RM5. Penuh bekas rojak buah tu. Nombor satu paling sedap, tak tipu,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Rojak buah yang dijual pada harga RM5 sebekas.

Jururawat yang mesra disapa Umi itu turut mendoakan agar perniagaan lelaki itu bertambah maju dan semakin berkembang.

Dedah Umi, lelaki berkenaan berniaga rojak manakala isterinya berniaga burger di lokasi sama.

” Dia dengan isteri dia. Isteri dia jual burger. Rojak buah dia ada sengkuang, nenas, jambu dan timun.

” Saya nak pakcik makin murah rezeki, sebelum ni orang Kuantan je, lepas ni kalau boleh biar semua orang kenal dia,” katanya lagi.

Video yang dimuatnaik itu sehingga kini menerima lebih setengah juta tontonan di Twitter.

Umi mendoakan agar perniagaan pakcik rojak bertambah maju.

Malah, ia menerima lebih 22,000 ulang kicau (Retweet). Rata-rata netizen turut meninggalkan komen pujian menerusi posting tersebut.

” Suka peniaga tak kedekut macam ni. Ni buat pelanggan lagi suka.

” Bagusnya pakcik ni, semoga dimurahkan rezeki beliau.

” Pakcik ni siap padat padatkan lagi isi rojak tu,” tulis beberapa netizen.

Sementara itu ada juga netizen yang memberi cadangan kepada pakcik itu supaya menggunakan bekas lebih besar bagi memudahkan kerja dan lebih cepat.

” Macam kesian susahkan pakcik tu je nk padatkan dalam cup tu. Why not suggest kat pkcik tu beli bekas besar sikit. Lg selesa utk cust nk mkn. Em tu pndpt sy la sbb sy kesian tengok pakcik tu susah je nk ketuk ketuk bagai..”

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar dan twitter UmieUmmairahh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*