Terperangkap bersama m4yat ibu

Bomba menemui m4yat wanita itu di ruang tamu manakala anak lelakinya di bilik air dalam keadaan kelaparan dan kehausan.

KANAK-kanak lelaki berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui terperangkap di sebuah rumah di Taman Impian Emas, Johor Bahru, awal pagi tadi, bersama m4yat ibunya yang dipercayai meningg4l dunia sejak empat hari lalu.

M4yat Chiong Chan Lin, 63, ditemui terlantar di ruang tamu manakala anak lelaki berusia 12 tahun dijumpai di bilik air.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Saifulizam Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah malam tadi sebelum sembilan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Seorang anak mangsa yang datang melawat menghubungi kami apabila gagal membuka pintu. Sebaik tiba, anggota mendapati dua beranak terperangkap di dalam rumah.

“Kami mengambil masa lima minit untuk membuka pintu dan menemui m4yat warga emas itu terbaring di ruang tamu manakala anak lelakinya di dalam bilik air dalam keadaan kelaparan dan kehausan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, anggota bomba memberikan minuman kepada mangsa yang dipercayai sudah empat hari tidak makan dan minum sebelum kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*