Terperanjat Dia BiIa Agong Beri Signal Jangan Naik Dan Tuanku Bertitah “Tak Apa Saya Turun”

Menjadi pemimpin tertinggi sesebuah negara bukanlah mudah apatah lagi menjadi seorang raja yang menunjukkan budi pekerti mulia lantas disanjung dan disayangi rakyat jelata.

Bukan sekadar gayanya yang bersahaja malah sifat rendah diri, mesra mendekati rakyat dan sentiasa peka dengan permasalahan rakyatnya telah membuatkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan AbduIIah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berjaya memenangi hati ramai.

Terbaru, tindakan spontan Baginda menuruni anak tangga singgahsana untuk mengurniakan darjah kebesaran membuatkan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Datuk Dr Abd Latif Mohmod berasa terharu dan dihargai.

Beliau yang ditemui pemberita selepas istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan 2019 di Istana Negara semalam berkata, beliau sama sekali tidak menduga Seri Paduka akan bertindak sedemikian selepas melihat beliau yang bertongkat akibat keced3raan yang dialaminya 10 tahun dahulu ketika bertugas.

“ Saya rasa terharu. Mungkin Yang di-Pertuan Agong rasa saya susah untuk naik (anak tangga singgahsana) sebab berjalan pakai tongkat.

“ Sebenarnya saya terperanjat. Tuanku beri signal (kepada saya) jangan naik (anak tangga singgahsana) dan bertitah “Tidak apa saya turun”, kata Abd Latif

Beliau turut menyifatkan tindakan Seri Paduka itu sebagai satu penghargaan daripada seorang raja yang berhati mulia kepada rakyat yang cuba berbakti kepada negara.

Menurut Abd Latif, Al-Sultan AbduIIah juga sempat bertanya keadaan dirinya: “Dah lama ke sakit, boleh berjalan ke?

Menjawab pertanyaan Seri Paduka, Abd Latif memberitahu beliau boleh, tetapi tidak boleh berdiri lama kerana pernah jatuh dulu sewaktu bekerja.

Pada istiadat pengurniaan hari pertama itu, Abd Latif yang akan bersara pada tahun depan dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Pada tahun ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan kepada 795 individu daripada pelbagai kategori.

“ Penghargaan ini adalah kurniaan terbaik yang saya dapat di peringkat Persekutuan. Ini membuktikan kita perlu terus berbakti dan berjasa bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk negara,” katanya.

Kehadiran Tuanku Al-Sultan AbduIIah boleh dikatakan tepat pada masanya apabila menonjolkan sisi berbeza sebagai seorang pemimpin tatkala ramai yang dilihat seakan-akan tidak mengendahkan bahawa kepimpinan adalah tuntutan utama dalam ajaran Islam yang perlu diberikan perhatian.

Hakikatnya, kepimpinan adalah isu yang besar dan serius, kerana kepimpinan yang baik bakal membawa kemakmuran serta keamanan kepada negara, manakala kepimpinan yang buruk dan zalim bakal memporak-perandakan negara.

Kepentingan kepimpinan ini terbukti apabila Rasulullah SAW mengesyorkan agar dilantik seorang pemimpin ketika bermusafir walaupun dalam kumpulan yang kecil.

Baginda turut menggambarkan bahawa semua individu Muslim itu dianggap sebagai pemimpin dan dipertanggungjawab terhadap mereka yang berada bawah kepimpinannya.

Ini sebagaimana sabda Rasulullah maksudnya:

“ Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan dipertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin.” – Riwayat Bukhari

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Citer Santai

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*