Berjurai air mata dapat kucing baru, reaksi adik comel ini buat netizen sebak

Sebak! Itulah perasaan yang dapat digambarkan apabila melihat reaksi kanak-kanak kecil yang berjiwa murni ini menerima hadiah dua ekor kucing pemberiaan ibu bapanya. Berjuraian air mata tiga beradik ini, betul-betul menyentuh hati para netizen. Layanan mereka terhadap kucing comel ini juga sangat baik dan lembut. Seperti yang kita tahu, kucing juga adalah makhluk ciptaan tuhan yang perlu diberi layanan yang baik dan dilarang untuk bertindak kjam terhadapnya.

Video yang dikongsi oleh Alya Addini menerusi Twitternya mengundang sebak netizen selepas viral di laman sosial media tersebut.

Menurut Alya ketika ditemuramah, tiga beradik tersebut sangat menyayangi kucing dan sentiasa memujuk ibu bapa mereka untuk beri izin membela kucing. Akhirnya, bapa saudara Alya terus menghadiahkan dua ekor kucing comel tersebut kepada anak-anaknya.

“Setiap kali diorang nampak kucing dekat kedai, tepi jalan atau dekat rumah org, mereka akan minta umi dan abah nak bela kucing hahaha.

“Pada mulanya, pak cik saya memang tak galakkan mereka bela kucing sebab kucing mesti kena dijaga oleh isteri dia. Tapi ada satu masa ni, seekor kucing ini asyik datang rumah dan Aysar pun pandai jaga kucinng.. dia siap bagi makan dan pak cik pun terbuka hati nak bagi kucing dekat dia,” katanya.

Dua ekor kucing yang merupakan hasil pemberiaan hadiah ibu Aysar Amni kepada mereka tiga beradik dibeli dengan harga RM900.

Nama Taeyang dan Bella diberi oleh Aysar Amni atau gelarannya, Kakak yang baru berusia lapan tahun itu.

“The reason why kakak namakan Taeyang sebab kakak sangat kecewa Taeyang dah kahwin dan tak dapat kahwin dengan Taeyang,ada kucing nama Taeyang pun jadi lah.

“Aysar memang tak lepas langsung kucing tu, sayang sangat dengan kucingnya, Bella.” tambahnya menerusi thread di Twitter.

Sementara itu, video berdurasi satu minit 35 saat itu ditonton sehingga 192,000 tontonan dan meraih 12,400 Retweets serta 14,800 likes.

Posting Alya di laman Twitter telah mendapat sambutan daripada netizen yang rata-ratanya tersentuh hati dan sebak apabila melihat reaksi tiga beradik itu yang menangis kegembiraan selepas menerima kehadiran kucing comel Bella dan Taeyang.

Termenangis sekali bila tengok video ni hm- Netizen

She got a pure heart. Semoga sama-sama dapat besarkan kucing tu- Netizen

Aku risau bila kucing ni dah tidak bernyawa, sedangkan dapat kucing pun dah berjurai air mata gembira, ah i cannot lah kalau bab-bab kucing ni- Netizen

Sumber: Twitter Alyaaddini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*