Lelaki lni Bukan Peminat LiverpooI Tapi PeIuk lslam Kerana Mohamed SaIah, Dia Dedahkan Puncanya

Mat Saleh ini bukan peminat LiverpooI tp peIuk lslam kerana Mohamed SaIah, dia dedahkan puncanya..

Bintang Liverpool, Mohamed Salah bukan sahaja memberi impak besar kepada kelab tersebut dengan memenangi kejuaraan berprestij seperti Liga Juara-juara Eropah dan UEFA Supercup malahan banyak menunjukkan nilai-nilai positif yang menggambarkan kebaikan lslam.

Impak dan perbuatan yang dilakukan oleh Salah berjaya membuatkan orang yang bukan lslam untuk berhijrah kepada agama lslam dan memberi pandangan berbeza kepada orang yang selama ini memandang lslam dengan pandangan yang negatif.

Seorang penyokong kelab pasukan bola Nothingham Forest, Ben Bird berkongsi bagaimana Salah telah mengubah pandangannya terhadap lslam sehingga beliau memeluk lslam.

Bend berkata, bintang bola sepak yang berasal dari Mesir itu telah memberi ilham kepada dirinya dan kini impiannya adalah untuk bertemu serta bersalaman dengan Mohamed Salah bagi mengucapkan terima kasih kerana telah mendekatkan dirinya kepada lslam.

” Saya tidak rasa kawan-kawan saya percaya sepenuhnya bahawa saya ini seorang Muslim kerana saya tidak berubah pun, saya masih diri saya yang dulu. Saya benar-benar sedang berubah dan sedang membuang tabiat lama saya.

” Lagi-lagi ketika minggu itu ialah minggu perlawanan bola sepak. Kebiasaannya saya akan mengunjungi pub, bertaruh, kemudian selepas perlawanan bola itu tamat, lazimnya saya akan kembali ke pub itu semula dan sedar saya akan banyak kehilangan wang

” Agar sukar untuk saya mengubahnya pada permulaan kerana kita dah terbiasa dan kebanyakan penyokong bola sepak di sini merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Bend berkata, dia malu kerana pernah berpendapat bahawa agama lslam, budayanya serta penganutnya sangat-sangat kebelakang. Malah pernah ada perasaan benci kepada orang lslam.

Namun, dirinya tidak pernah untuk menyuarakan semua itu terhadap orang lslam secara berhadapan dan semuanya berubah apabila dirinya mempelajari subjek tentang negara-negara yang terletak di Timur Tengah (Arab).

” Kami telah disuruh untuk membuat karangan, dan saya mahu memastikan bahawa karangan saya itu berbeza sedikit.

Saya masih ingat lagi tutor saya pernah memberitahu pada saya:

“ Apa kata lagu Mohamed Salah?” Saya dengar apa yang dikatanya itu dan turut merasakan bahawa idea itu agak menarik juga namun saya masih belum memutuskannya lagi ketika itu.

” Lagu mengenai Mohamed Salah itu telah dicipta oleh para penyokong Liverpool. Antara liriknya adalah “If he scores another few then I’ll be Muslim too”, dan lirik tersebut telah berjaya sampai ke hati saya.

” Sepanjang saya menyambung pelajaran saya ke peringkat ijazah, ini adalah kali pertama saya belajar tentang lslam secara akademik.

” Kehidupan di universiti telah memberikan saya peluang untuk berjumpa dengan pelajar yang datang dari Arab Saudi.

” Pada mulanya saya menyangkakan bahawa mereka ini adalah orang jahat yang selalu membawa pedang, akan tetapi merekalah orang yang paling baik saya pernah jumpa. Gambaran negatif saya pada negara-negara Arab ini terus hilang,” katanya.

Bend berkata ketika menuntut di universiti dalam melakukan kajian mengenai Salah, rata-rata peminat Liverpool akan memberi pandangan yang positif dan memuji bagaimana pemain bola sepak itu mampu mengubah pandangan masyarakat terhadap lslam.

” Semasa di Universiti, saya ada menemubual beberapa orang pelajar Mesir dan apabila mereka mengetahui bahawa kajian yang saya sedang lakukan itu adalah mengenai “Mohamed Salah, a gift from ALLAH” (salah satu lagu penyokong Liverpool) mereka terus menunjukkan minat mereka malahan mereka siap bertanyakan pada saya lagi tentang kebaikan serta sumbangan yang dilakukan oleh Salah ini pada negara mereka.

” Salah seorang pelajar Mesir itu memberitahu kepada saya bahawa, Salah telah menunjukkan ciri-ciri sebenar seorang penganut agama lslam dan apa yang dituntut dalam lslam. Pelajar itu percaya bahawa Salah membuatkan orang suka dengan agama lslam semula.

” Ianya benar-benar membuatkan saya teruja. Apabila Salah menjaringkan gol, saya rasa dia menjaringkan gol itu bukan untuk dirinya, dia jaringkan gol itu untuk kepercayaannya. Apabila dia menjuarai Liga Juara-Juara Eropah, saya berkata kepada kawan saya bahawa kemenangan itu adalah untuk lslam.

” Setiap daripada gol yang dijaringkan olehnya, pasti beliau akan melakukan postur sujud dan postur sujud itu juga adalah salah satu lambang lslam yang dikenali di dunia. Berapa ramai orang yang menonton Liga Perdana Inggeris setiap minggu? Secara globalnya berjuta-juta,” katanya

Tambahnya, Salah telah menunjukkan pada dirinya bahawa dia boleh jadi normal dan juga seorang Muslim dan merupakan seorang pemain yang sangat hebat serta dihormati dalam kalangan komuniti bola sepak.

” Segala pandangan politiknya dan apa agamanya sekalipun tidak penting. Dan pada saya itulah yang bola sepak mampu buat, iaitu ketepikan segalanya tentang pandangan negatif terhadap seseorang pemain itu,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinarharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*