Nampak Lelaki Berbaju Lokap Larikan Diri Dikejar Polis, Tindakan Selamba Posmen Ini Buat Dia Dapat Anugerah

Berani betul posmen ni, selamba dia buat macam tu kat lelaki itu. mmg patut dapat anugerah!

“ Ketika menghantar surat, saya pernah diminta seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda membersihkan dirinya selepas membuang air besar,” kata penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia), Mohamad Syeikhqul Mazlan, 27.

Mohamad Syeikhqul yang juga kakitangan Pos Laju Kuala Kangsar antara empat kakitangan menerima anugerah berkenaan sempena sambutan Hari Pos Sedunia Peringkat Negeri Perak di Pejabat Pos Sitiawan, hari ini.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dan turut dihadiri Pengurus Pos Malaysia Perak, Noorzuriha Haron Noh Rashid serta Orang Besar Jajahan (OBJ) Manjung, Datuk Shaharudin Nazari.

Mohamad Syeikhqul berkata, penghargaan itu diterima selepas membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang orang kena tahan (OKT) yang cuba melarikan diri daripada tahanan polis ketika menghantar surat ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, empat bulan lalu.

“ Ketika itu saya menunggang motosikal dan berada kira-kira 100 meter dari pagar utama mahkamah sebelum menyedari seorang lelaki memakai baju lokap melarikan diri manakala beberapa anggota polis mengejarnya.

” Sebaik berada berhampiran lelaki itu, secara spontan, saya hulur kaki setelah lihat dua anggota polis berkejar dari belakang sehingga OKT terbabit terjatuh.

” Lelaki itu bangun semula untuk melarikan diri dan kemudian berjaya ditahan polis,” katanya ketika ditemui di pekarangan Pejabat Pos Sitiawan.

Anak kelahiran Sayong, Kuala Kangsar berkata, sepanjang enam tahun berkhidmat bersama Pos Malaysia, pelbagai pengalaman dan kenangan sudah dirasainya.

“ Dikejar anjing itu perkara biasa dan sebulan sekali mesti akan melaluinya, namun yang paling diingati ketika saya baru bekerja dahulu ada seorang pakcik OKU minta tolong bersihkannya selepas buang air besar.

“ Kerana kasihan dan dasar prihatin saya membantu dia, bagi saya kepuasan bekerja apabila melihat senyuman pelanggan yang gembira menerima barangan atau surat yang ditunggu mereka,” katanya yang berbangga dapat berkhidmat untuk masyarakat.

Sebelum ini beberapa kisah individu bergelar posmen sering menghiasi dada akhbar dan menjadi perkongsian di laman sosial.

Paling diingati adalah kisah posmen berd4rah yang peluk surat selepas prah dalam kmlangan. Pasti ramai pernah membaca kisah ini yang berlaku terhadap seorang posmen Nor Lisman Abu dari Batu 9 Cheras.

Kisah yang berlaku 36 tahun itu di mana Nor Lisman waktu itu berlumuran drah akibat kmlangan namun memeluk erat berpuluh surat-surat berdaftar di atas pengusung.

Kjadian tersebut menyebabkan Nor Lisman mendapat perhatian serta merta, keesokan harinya hampir kesemua akhbar menyiarkan kisah beliau yang begitu amanah menunaikan kerja beliau.

Malah Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam juga telah melahirkan penghargaan secara peribadi beliau kepada Nor Lisman.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*