“Tak pernah sangka majlis graduasi akan jadi sesedih ini”, bapa wakili arrwah anak perempuan

Graduasi antara majlis yang disambut meriah buat para graduan yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya. Antara individu yang sudah semestinya bangga dengan kejayaan anak adalah ibu bapa. Namun, siapa sangka suasana majlis graduasi bertukar menjadi hiba. Seluruh dewan menjadi saksi melihat seorang bapa menaiki pentas mewakili arw4h anak perempuannya untuk menerima sijil diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka baru-baru ini.

Momen sedih itu dirakam sendiri oleh kakak kepada Allahyarhamah Aina Fatin Ajwa dan dimuatnaik menerusi akaun Twitter dzarahnafisah sehingga mengundang sebak kepada netizen selepas melihat video tersebut.

Menerusi posting dzarah Nafisah, dia sekeluarga sangat berbangga dengan kejayaan arw4h adiknya.

Video berdurasi 30 saat itu telah ditonton hampir 52,000 tontonan dan meraih 5,700 Retweets serta 5,600 likes. Rata-rata netizen mengucapkan takziah buat keluarga arw4h Aina Fatin Ajwa.

Selain itu, Aina Fatin Ajwa merupakan salah seorang graduan bidang Diploma Pengurusan Pelancongan. Dia dikatakan telah meningg4l dunia pada 1 November 2018 akibat dis3rang demam d3nggi berdar4h.

Menerusi ruangan komen juga, Dzarah menyatakan perasaan tidak sangka majlis graduasi adiknya akan jadi sedih sebegini. Malah,netizen juga turut meluahkan rasa sedih dan menangis selepas melihat video yang dirakam Dzarah Nafisah. Sungguh meruntun hatl!

Bukan hanya netizen sahaja, jurugambar rasmi majlis graduasi tersebut juga berkongsi perasaan sedlh menerusi ruangan komen di posting Dzarah Nafisah.

Takziah buat keluarga arrwah Aina Fatin Ajwa. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah..

Sumber: Dzarah Nafisah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*